PERANAN kasut sukan kepada mereka yang bergelar atlet adalah satu aspek yang cukup penting. Penggunaan kasut yang selesa dan berkualiti tinggi penting untuk keselamatan dan struktur tulang kaki.
Bagi mengelakkan sebarang kecederaan ketika menjalani aktiviti bersukan, jenama kasut terkenal Reebok melakukan perubahan drastik dari segi pembuatan kasutnya. Memperkenalkan koleksi Reebok ZigTech, peminat kasut sukan pastinya tertanya-tanya apakah keistimewaan di sebalik teknologi itu.
“Reebok menggunakan teknologi yang mampu mengurangkan ketegangan otot sebanyak 20 peratus. Atlet tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak sebaliknya kasut tersebut dapat memindahkan tenaga,” kata Pengurus Besar Bahagian Sukan RSH Sdn. Bhd., Manish Sapra.
Kajian otot
Rupa bentuk kasut itu diperkemaskan dengan melakukan kajian berhubung teknologi yang ingin diguna pakai. Kajian dilaksanakan dengan melakukan dua sistem berlainan iaitu latihan dari segi ketahanan pemakaiannya.
Percubaan elektromiografi (EMG) iaitu kajian otot dengan gabungan elektrik dapat membantu mengetahui kedudukan otot. Selain itu, kehebatan ZigTech juga diuji dalam tempoh percubaan kepada individu tertentu.
“Kelebihan yang dimiliki dapat mengurangkan pergerakan otot atlet,” ujarnya.
Dari segi rekaan tapaknya yang lebih lembut ia mampu memberi imbangan yang sempurna. Begitu juga dengan penggunaan warnanya yang terang.
Anda boleh mendapatkannya di pasaran dengan pilihan warna moden seperti kuning, ungu dan merah jambu. Harga sepasang Reebok ZigTech di antara RM369 sehingga RM399.
Manish menambah, syarikatnya juga menyediakan beberapa contoh kasut untuk melihat keberkesanannya. Sekiranya ia tidak mencapai matlamat, mereka tidak teragak-agak untuk mengubah suai rekaan tersebut.
“Biasanya kami akan mengeluarkan sebanyak empat atau lima pengubahsuaian sebelum memilih produk terakhir. Pintalan logam lembut yang digunakan bertujuan untuk menambah tenaga manakala bahan lembut pula sebagai keselesaan si pemakai,” terangnya.
Kasut ZigTech ideal untuk para atlet atau individu yang sentiasa aktif dalam sukan. Jenama itu juga amat penting bagi mereka yang aktif dalam dunia sukan.
Ia juga sesuai untuk mereka yang menggunakan tenaga yang banyak dan tempoh latihan yang panjang. Ketahanan otot juga lebih lama apabila anda menggunakan ZigTech dengan sempurna.
Risiko kecederaan
Bagaimanakah ujian keberkesanan produk itu ke atas si pemakai? Manesh menjelaskan, sesi latihan larian telah dijalankan bagi menguji tahap asid ketika pelari merasai tekanan tertinggi pada otot. Pada kadar masa larian 483 kilometer (km), atlet yang diuji itu masih berupaya meneruskan langkahnya walaupun tenaganya diperah habis-habisan.
Sebenarnya, produk atau aksesori ZigTech yang melonjak prestasi dalam sukan itu dilengkapi teknologi lapik permukaan yang baik.
Ia berupaya mengekalkan peredaran darah ke seluruh bahagian tubuh, sekali gus melambatkan pengumpulan asid laktik dalam otot. Barulah seseorang dapat menikmati kehebatan struktur teknologi ZigTech.
“Kami merupakan pencipta utama teknologi ZigTech dan ujian dilakukan berdasarkan kesemua jenis sukan yang digemari.
“Kajian yang dilakukan mendapati bukan saja sukan yang memerlukan pergerakan otot yang kuat bahkan ia meliputi sukan ringan seperti gimnastik,” katanya sambil menambah bahawa produk tersebut mengurangkan 20 peratus pergerakan tulang kering tekanan ketegangan otot.
Kajian juga menunjukkan bahawa ZigTech boleh mengurangkan enam peratus kemungkinan berlakunya kelumpuhan otot.
|
|
“Otot yang tegang meningkatkan risiko kecederaan yang teruk kepada struktur tubuh. Jadi untuk membantu mengelakkan masalah tersebut ialah dengan memilih kasut yang berkualiti,” katanya.
Tekanan otot boleh mengakibatkan kecederaan dalaman seperti kedudukan tulang kering yang sedikit bergerak daripada kedudukan asalnya.
Teknologi tersebut turut mengambil kira aspek pengurusan tenaga ketika menjalankan aktiviti.
ZigTech bukan sahaja ringan, malah ia simbang dan fleksibel.
EMG seperti juga EKG elektrokardiogram (EKG) adalah isyarat sekejap-sekejap (zigzag) pada paparan skrin untuk menunjukkan denyutan jantung. Jantung akan memberi denyutan elektro dan EKG akan memberikan bacaan tersebut.
Jantung secara teknikalnya merupakan otot tubuh. Sehubungan itu, otot-otot yang lain turut memberi tindak balas elektrik yang boleh dikesan melalui penggunaan alat pengesan. Dengan cara tersebut kita boleh membandingkan pergerakan otot apabila atlet yang sama memakai kasut sukan biasa dan ZigTech.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: