Tuesday, August 17, 2010

Longoria Parker Mahu Pernikahan Seperti Beckham

Eva Longoria Parker.

PELAKON Eva Longoria Parker (gambar), yang berkahwin dengan pemain bola keranjang, Tony Parker, mahu kemeriahan resepsi pernikahannya sama seperti selebriti Victoria dan David Beckham.

Bintang filem The Desperate Housewives itu menegaskan, dia akan mendapatkan nasihat daripada Victoria.

"Victoria ialah wanita cantik. Kedua-dua lelaki dalam hidup kami ialah bintang sukan dan mereka selalu mengembara," katanya kepada media.

Sambil menyifatkan Victoria sebagai seorang ibu yang hebat, Eva berkata, Victoria dan suaminya adalah contoh terbaik dari segi perkahwinan.

Eva telah berkahwin dengan pemain bola keranjang Perancis selama tiga tahun dan mendedahkan bahawa dia mencintai kehidupannya sekarang.

"Saya selesa berkahwin dengan Tony," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: