Tuesday, August 17, 2010

Daniel Craig Bersedia Pegang Watak James Bond

PELAKON Daniel Craig (gambar) berkata, dia bersedia untuk memegang watak James Bond.

Bagaimanapun, dia tidak mempunyai idea bila penggambaran berkenaan akan dijalankan.

Sebelum ini, pelakon Inggeris itu mendapat pujian tinggi kerana membawa watak perisik berkaliber, Bond untuk filem berjudul Casino Royale dan Quantum of Solace.

Craig menyatakan bahawa dia ingin berlakon dalam filem James Bond yang ketiga tetapi masih menunggu tawaran daripada penerbit.

Penggambaran filem agen perisik 007 terpaksa ditangguhkan pada awal tahun ini kerana ketidakpastian masa depan studio MGM yang dibebani hutang.

Craig sedang menjalani penggambaran filem berjudul Cowboys And Aliens di New Mexico dan sudah menandatangani kontrak untuk membintangi filem The Girl With the Dragon Tattoo selepas itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: