![]() |
| Melindai Looi (kiri) dan pengarah Jualan Swarovski, Anna Hoetzeneder bersama salah satu rekaan Melinda. |
DALAM banyak-banyak pereka fesyen tanah air, Melinda Looi telah dipilih oleh syarikat pengeluar batu perhiasan mewah, Swarovski sempena kempen terkini mereka yang diberi nama Jawaher.
Jawaher adalah satu brosur khas yang menghimpunkan barisan pereka dari seluruh dunia dalam menghasilkan busana, beg tangan, cermin mata, dan pelbagai aksesori eksklusif menggunakan kilauan Swarovski.
Mengapa Melinda Looi? Sebenarnya brosur Jawaher yang bermaksud batu permata telah secara rasminya diperkenalkan awal tahun ini di Dubai.
Dalam brosur tersebut, Melinda memperkenalkan rekaan busana abaya yang berpotongan kaftan menggunakan fabrik daripada Songket Diraja Terengganu.
Melinda bijak membuat perincian Swarovski dalam pelbagai bentuk dan warna pada bahagian tangan dan dada.
Tambah menarik, Melinda turut mereka sepasang kaca mata hitam yang ditatah dengan kilauan batuan daripada Swarovski Elements.
Secara peribadi, Melinda sendiri amat berbangga dengan pemilihan tersebut.
Baginya ia satu platform untuk memperkenalkan keindahan fabrik tradisional Malaysia dan pada masa sama dapat menggunakan kreativitinya dalam menghasilkan susunan batu Swarovski pada rekaannya.
Untuk koleksi abaya gabungan Swarovski Elements itu, Melinda turut menghasilkan abaya untuk kanak-kanak. Koleksi abaya Melinda boleh diperolehi di kaunter Melinda Looi di Parkson, Pavilion.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: