Thursday, August 26, 2010

Mekap bukan sekadar cantik


Dari kiri, Pengurus Besar AsterSpring, Karen Ho, Farrah Adeeba dan Lynn Rahman pada majlis pelancaran koleksi gincu dan maskara terbaru.


SEBAGAI pengacara dan selebriti, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 32, tidak lepas daripada mengenakan solekan.

Justeru dia memang prihatin kandungan bahan-bahan yang terdapat pada alat solekannya agar tidak memberi kemudaratan jangka panjang pada kesihatan terutama kulit wajah.

"Sudah banyak kita dengar tentang alat-alat solek yang mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya.

"Jadi saya mencari kosmetik yang selamat dan dalam masa yang sama memberikan impak menarik," ujarnya ketika sesi memperkenalkan set mekap terbaru jenama Averine di bawah edaran AsterSpring.

Sebagai rakan selebriti AsterSpring, Farrah Adeeba percaya, inovasi Averine dalam menghasilkan rona baru yang digabungkan dengan ciri-ciri penjagaan kulit, bakal memberikan kesan yang baik memandangkan wanita kini begitu prihatin dengan kesihatan mereka.

Menurutnya, dia diberitahu bahawa mekap terbaru itu bukan sekadar melindungi kulit malah mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit untuk merawat serta mencantikkan kulit setiap kali digunakan.

"Ini sudah tentunya satu berita baik bagi golongan wanita seperti saya yang kerap mengenakan mekap atas tuntutan kerja," kata pengacara program Nasi Lemak Kopi O terbitan TV9 itu.

Sementara itu, dalam majlis memperkenalkan rangkaian gincu, pengalit mata dan maskara terbaru Averine itu, juru mekap Averine, Lynn Rahman menunjukkan kepada media bagaimana rangkaian terbaru itu boleh menambah definisi dan kontras kepada wajah.

Katanya, jenama tersebut sedar tentang pentingnya bagi seseorang wanita menggunakan rona yang menawan untuk menyerikan mata dan bibir.

Justeru, prinsip solekan adalah salah satu ciri terpenting untuk diserlahkan pada wajah.

Pendekatan penjagaan kulit yang diutamakan oleh Averine memastikan hanya gabungan bahan-bahan tulen, bermutu tinggi diadun ke dalam kosmetik.

Yang pasti Averine bebas dari bahan perosak, sintetik, pengawet dan pengisi.

Kosmetik Averine ini juga bukan sekadar melindungi kulit malah mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit yang berfungsi merawat kulit setiap kali digunakan.

"Kosmetik Averine 100 peratus tiada pewangi dan bahannya adalah non-comedogenic yang tidak menyumbat pori-pori, tanpa lanolin yang mendatangkan radang kulit," jelas Lynn lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: