Saturday, August 28, 2010

Kim Kardashian Batal Hasrat Punyai Ramai Anak


MODEL terkenal, Kim Kardashian (gambar) yang berangan-angan untuk memiliki enam orang anak seperti pasangan Angelina Jolie dan kekasihnya Brad Pitt membatalkan hasratnya itu kerana melihat kesibukan pasanagn Jolie dan Pitt menguruskan anak-anak mereka.

Dia yang pada awalnya bersungguh sungguh mahu mengikut jejak langkah pelakon jelita Jolie menguruskan anak-anak angkat dan anaknya sendiri tidak yakin dengan kemampuannya melakukan seperti itu.

"Saya ingin mempunyai anak, kalau boleh saya mahu enam orang anak. Mula-mula dalam perancangan saya berangan-angan mendapatkan enam orang tapi bila fikir balik ia bukan sesuatu yang mudah," ujarnya seperti dipetik majalah Zimbio.

Bagaimanapun, Kim memberitahu dia masih belum bersedia lagi untuk menjadi seorang ibu buat masa ini.

Malah dia lebih runsing bila berbicara tentang anak apabila melihat adiknya Kourtney Kardashian terlalu sibuk menguruskan bayi lelaki pertamanya berusia lapan bulan.

"Melihat kepada adik saya menguruskan anaknya membuatkan saya berfikir bahawa saya masih belum lagi bersedia memikul tanggungjawab berat itu," katanya.

Namun begitu kedua-dua adik beradik ini mengimpikan sebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai.

"Saya juga mahu anak yang ramai, kalau boleh lebih ramai dari Kim, kami mahu buat perlumbaan bilangan anak," ujar adiknya Kourtney.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: