-PENYANYI John Mayer (gambar) memberi bayangan bahawa dia kembali menjalin semula perhubungan dengan Jennifer Aniston kerana dia berpendapat seseorang itu harus diberi "peluang kedua".
"Saya percaya pada peluang kedua. Anda mungkin telah membuat kesilapan, namun anda masih boleh balik ke pangkal jalan.
"Sekiranya anda menyukai seseorang, beritahu dia dan temaninya," katanya kepada media.
John, yang telah berpisah dengan Aniston, 41, pada bulan Ogos 2008, telah keluar dengannya semula pada bulan Oktober tahun itu.
Pasangan tersebut kemudiannya berpisah untuk kali kedua pada bulan Mac 2009.
Mereka dipercayai telah bercinta semula selama beberapa minggu baru-baru ini. Aniston sebelum ini telah berkahwin dengan kekasihnya Brad Pitt, dan keluar dengan Vince Vaughn.
Namun, John juga pernah keluar dengan Jennifer Love Hewitt dan Jessica Simpson.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: