Sunday, August 22, 2010

Kegembiraan Ayu Raudah




HUBUNGAN antara Ayu Raudah dan Zakuan Adha bukan lagi rahsia. Malah sudah ada desas desus yang mengatakan kedua-dua pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan selepas hari raya ini.

Pasangan yang cukup secocok dan cukup sepadan ini bukan sahaja menggemparkan negara tetapi dalam masa yang sama langsung tidak menyorok kisah cinta mereka seperti mana yang berlaku pada kebanyakan artis lain.

Sebagai salah seorang peminat Ayu sudah pasti saya mahu mendoakan yang terbaik untuknya. Kalau boleh saya mahu Ayu melalui detik-detik indah dalam hidupnya dan akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat.

Ayu juga perlu belajar untuk menjadi wanita yang baik dan cukup indah di mata orang sekeliling. Dan apa yang paling penting belajarlah daripada kesilapan orang sekeliling. Jangan diulangi atau mengulangi kesilapan itu untuk kebaikan diri sendiri.

KAK NAM,

Alor Setar, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: