Saturday, August 14, 2010

Kedinginan Igloo


KOTAK penyejuk keluaran Igloo yang mampu mengekalkan suhu kira-kira tujuh hari.


BAGI yang tidak pernah terdedah dengan penggunaan kotak penyejuk, pasti tiada tarikan yang terlalu kuat untuk memilikinya. Namun di kalangan kaki pancing atau penggiat aktiviti luar, alat itu sudah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian.

Fungsinya tidak bersempadankan hutan, laut atau bandar. Di mana-mana sahaja, kotak penyejuk membantu mengekalkan kualiti makanan serta menyejukkan minuman selama berhari-hari.

Misalnya pada bulan puasa ini, kotak penyejuk dapat membantu anda menikmati minuman yang segar dan sejuk sebaik sahaja masuk waktu berbuka puasa walaupun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun tugas untuk mengekalkan kedinginan selama beberapa hari bukan tugas yang mudah. Dengan kejuruteraan yang terbukti sejak sekian lama, Igloo sebagai jenama kotak penyejukan kini menawarkan pelbagai produk dengan saiz dan rekaan terbaru.

Sebagai pengeluar kotak penyejuk yang paling dipercayai di dunia, Igloo menggunakan pelbagai teknologi yang mengekalkan suhu ke tahap paling rendah.

Satu daripada teknologi terbaru adalah CoolRiser yang memanfaatkan reka bentuk tapak yang dinaikkan daripada permukaan untuk mengurangkan pemindahan suhu antara permukaan bersentuhan.

Rekaan 'berkaki' terbaru itu kini boleh didapati pada model Island Breeze yang didatangkan dalam pelbagai saiz iaitu 9 hingga 60 liter.

Selain kelebihan CoolRiser, Island Breeze yang diperkenalkan baru-baru ini juga menampilkan tempat pemegang yang selesa, penutup yang ketat dan kemas serta troli beroda.

Igloo yang mencipta nama sejak lebih 63 tahun lalu kini sudah berada di pasaran tempatan dan popular melalui kotak penyejuk seperti Marine Breeze yang menjadi kegilaan kaki-kaki pancing. Selain itu, Wheelie Cool yang dilengkapi roda dan troli juga antara yang menjadi kegemaran seisi keluarga sama ada untuk kegunaan berkelah atau parti.

Sebagai barisan produk 2010, Igloo baru-baru ini memperkenalkan kotak penyejuk bergeometri iaitu Pink Ribbon Ice Cube yang menambah keupayaan mengekalkan suhu.

Menariknya, edisi itu dihasilkan khas bagi memperjuangkan nasib pengidap barah payu dara di mana sebahagian daripada hasil jualan disumbangkan kepada tabung berkenaan. Kerjasama diadakan bersama Susan G. Komen untuk mengisi tabung Cure.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: