Saturday, August 14, 2010

BMW X1


l ENJIN: Teknologi Diesel Maju BMW turbo diesel 2 liter empat silinder ,KUASA MAKSIMUM: 130kw/ 177 hp pada 4000 rpm, KUASA KILAS: 350Nm pada 1750-3000 rpm
BMW X1 xDrive20d - RM299,800
SPESIFIKASI BMW X1


PADA zaman harga minyak yang mencengkam ini, tentunya ramai akan mencari kenderaan yang enjinnya jimat bahan api. Maka kereta-kereta enjin bersaiz kecil jadi pilihan ramai.

Namun, ketahuilah bahawa terdapat jenama-jenama mewah giat memperkenalkan enjin-enjin yang jimat penggunaan bahan api. Ini kerana masalah harga minyak tinggi bukan setakat di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Satu daripada jenama kereta mewah yang memberi fokus kepada isu itu ialah BMW.

Dalam menghasilkan model baru seperti BMW X1 yang bertenaga dan berjiwa remaja, BMW menerusi teknologi BMW EffecientDynamics memberi pemiliknya suatu bonus iaitu penjimatan bahan api. Lihat gambar meter minyak dalam ruangan ini. Selama empat hari BMW X1 ini dipandu uji mengikut kelajuan antara 110 km/j dan 180km/j. Ia hanya mencatatkan kurang daripada separuh tangki penuh 61 liter bagi perjalanan sekitar 333 kilometer (km). Komputer dalaman kereta mencadangkan minyak yang ada masih boleh membawa anda sejauh 453 km.

BMW X1 didatangkan dalam bentuk enjin diesel iaitu BMW X1 xDrive20d dan enjin petrol BMW X1 sDrive18i. BMW X1 xDrive20d berharga RM299,800 ini memaparkan Teknologi Diesel Maju BMW yang paling terkini dengan enjin turbo diesel 2 liter empat silinder yang berupaya menghasilkan kuasa 130kw/ 177 hp, 350Nm kuasa kilas (torque) dan berupaya dipacu dari 0-100 kmj dalam hanya 8.6 saat.

Sementara itu, BMW X1 sDrive18i yang berharga RM263,800 menggunakan pacuan belakang memiliki enjin petrol 2.0 liter empat silinder yang menjana 110kW/150hp dan kuasa kilas sebanyak 200Nm. Kedua-dua varian BMW X1 itu turut memiliki ciri terbaik dalam kecekapan bahan api bagi kenderaan sekelasnya, kerana transmisi automatik enam-kelajuannya memberikan nisbah unik antara pemanduan dinamik dan penggunaan bahan api.

Dengan kadar penggunaan bahan api sebanyak 6.5 liter setiap 100 km dan paras pelepasan CO2 sekadar 170 gram setiap km dalam varian diesel xDrive20d dan, 8.4 liter dan 195 gram setiap km bagi versi petrol sDrive18i, BMW X1 adalah kenderaan pertama seumpamanya di Malaysia yang mempunyai paras pelepasan asap dibawah 195 g/km, dan ia adalah disebabkan piawaian pelepasan asap yang luar biasa ciri-ciri teknologi terkini BMW EfficientDynamics seperti pengoptimum aerodinamik, pembinaan badan ringan yang intar, kawalan berasaskan permintaan komponen ansilari dan fungsi-fungsi serta generasi terkini teknologi Common Rail Injection.

BMW X1 juga menandakan pengenalan kualiti paling hebat sistem xDrive BMW ke dalam segmen premium kompak. Menjadikannya sistem pemanduan semua roda paling pintar dan responsif yang boleh didapati dalam sebuahkereta kompak. Sistem xDrive membolehkan pacuan kuasa terjahan diedarkan pelbagai tahap antara gandar depan dan belakang. Ini meningkatkan ketangkasan dan memastikan cengkaman di paras lebih tinggi, suatu kualiti yang berguna bagi SUV semasa mengambil selekoh.

sDrive pula, memberikan pengguna satu pilihan SUV yang memberikan dinamik pemanduan sporty dan tangkas yang lazimnya didapati pada model-model pemanduan pacuan belakang BMW tanpa mengorbankan sebarang kecekapan bahan api BMW X1. Menyumbang kepada yang terbaik dalam kelas dinamik pemanduan BMW X1 ialah transmisi automatik 6-kelajuan dengan Steptronic, menjadikan SAV ini licik dalam pergerakannya.

Kedua-dua sistem xDrive dan sDrive disambung kepada Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) dan pengurusan enjin pada BMW X1, dengan pengimbas pada roda untuk mengesan dan menangani walaupun sedikit kecenderungan kenderaan untuk terlebih pacu atau sebaliknya. DSC menggabungkan fungsi brek anti kunci ABS, Kawalan Brek Dinamik DBC, Kawalan Brek Di Selekoh CBC dan Kawalan Cengkaman Dinamik DTC yang memberikan tambahan kestabilan pada SAV tersebut.

Di bahagian luar, BMW X1 menggabungkan dengan pintarnya rupa yang tampan, rugged dan garang dalam keluarga BMW X beserta dinamisme sporty remaja BMW 1 Series.

Reka bentuk yang terhasil menyerlahkan keanggunan gaya yang menggabungkan lengkungan roda yang ketara, jeriji buah pinggang menegak, dan pelindung bahagian bawah badan bagi depan dan belakang yang lazim ada pada barisan model BMW X. Pada masa yang sama ia menonjolkan terjemahan progresif, inovatif sebagai sebuah kompak SAV yang penting. Dengan bonet panjang dan asas roda panjang manakala overhang depan dan belakang yang pendek, dan tingkap belakang yang direka jitu, reka bentuk BMW X1 memaparkan keyakinan dalam keupayaannya untuk menangani keadaan pemanduan yang sangat dinamik. Ciri lain yang meningkatkan rupanya ialah lampu depan Bi-Xenon, dengan fungsi lampu pemanduan waktu siang yang memaparkan ciri Cincin Corona, suatu trademark BMW yang juga membantu memberikan keselamatan tambahan.

Dinamik sport yang aktif pada BMW X1 makin ketara menerusi kualiti tinggi ruang dalamannya yang luas dan versatil yang memaparkan kerusi bagi pemandu dan penumpang depan yang boleh dinaikkan. Ia membolehkan keluar dan masuk yang selesa, selain memberi kelebihan pemandangan tinggi semasa memandu di atas jalan. Ruang dalaman BMW X1 juga mempamerkan fungsi-fungsi yang hebat dengan banyak ruang penyimpanan terbuka dan talam, konsol tengah bagi memegang bekas minuman dan ruang besar untuk penyimpanan botol air. BMW X1 juga menyediakan ruang simpanan beg yang memiliki kapasiti sebanyak 420 liter atau 1,350 liter dengan kerusi belakang dilipat rata. Tali penegang juga boleh diperolehi pada poket pintu depan dan ruang beg manakala soket kuasa 12-V terdapat pada belakang konsol tengah, dibawah tempat letak tangan dan juga ruang barangan, menjadikan BMW X1 sebuah kenderaan sempurna untuk memenuhi gaya hidup individu model yang aktif, mesra-gajet.

Struktur badan yang cukup stabil pada BMW X1 memberikan asas yang ideal bagi memastikan penumpang mendapat perlindungan maksimum, meskipun semasa impak kuat dengan kuasa dialihkan ke lorong yang dikhaskan dalam struktur sokongan kenderaan dan menyerapnya menerusi zon penghapus bentuk bersaiz kecil. BMW X1 juga meraih keputusan-keputusan penting dalam prosedur ujian bagi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif, fungsi pengurangan risiko kemalangan, perlindungan penumpang bagi kanak-kanak dan juga perlindungan pejalan kaki.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: