|
|
WALAUPUN Edward Hopper ialah pelukis ikonik dari Amerika Syarikat (AS), namun pameran seninya yang berlangsung di Switzerland mendapat sambutan luar biasa. Himpunan lukisan yang unik itu menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melihat keunikan yang tersirat di sebalik lukisan tersebut.
Sebagai pelukis gaya realisme berjenama tinggi di AS, karya seni Hopper meriah dengan cahaya, warna dan berbentuk kontras tentang kelahiran serta pembangunan industri perfileman dari awal hingga separuh abad ke-20. Ia juga beralih daripada hitam putih kepada warna teknikal.
Namun, apabila 160 karya seni miliknya dipamer di Muzium Whitney Seni Amerika New York dan Yayasan Hermitage di bandar Lausanne, Switzerland, ia telah membongkar lukisan yang dipengaruhi budaya Eropah terutama ketika dia menetap di Paris sekitar tahun 1906 dan 1910.
Karya seni yang dilukis dengan teliti mengenai pemandangan urban dan kawasan luar bandar mempunyai kisah tersendiri terutama apabila ia menggambarkan tempat-tempat yang pernah disinggahi Hopper.
Kurator Gambar di Muzium Whitney, Carter Foster melaraskan sketsa terperinci Hopper dengan lukisan cat minyak, dan sketsa kurang dikenali serta ilustrasi yang menampilkan kehidupannya.
"Ini bukan sebuah pameran yang memperaga segala karya seni terbaik Hopper sebaliknya ia lebih daripada itu. Jika anda melihat lukisan dan gaya lukisannya, ia lebih daripada pameran karya masa lampaunya," kata Foster.
Lukisan-lukisan itu turut diperaga di bar malam Nighthawks dan Second Story Sunlight bersama dekorasi dalaman dan karakter-karakter suci terutama lukisan golongan wanita.
"Kami menggunakan idea-idea ikonik ini sebagai Hopperesque di AS. Ia memang istilah terkenal dan pada asasnya menggambarkan suasana serta fikiran," ujar Foster.
Namun, karya-karya seninya pada peringkat awal dipengaruhi warna-warna malap hasil inspirasi pelukis-pelukis Perancis seperti Degas dan Toulouse Lautrec. Sementara itu, pengaruh pelukis Belanda, Vermeer turut dilihat pada lukisan potretnya yang menampilkan elemen pencahayaan.
Sentuhan Eropah
"Jika anda perhatikan dengan teliti tentu dia bukan berjiwa Amerika, sebaliknya lebih kepada Eropah berbanding artis-artis Amerika yang lain.
"Saya rasa dia banyak dipengaruhi sentuhan dari Eropah daripada sebahagian besar rakan-rakannya terutama pada awal abad ini. Lukisan-lukisan Hopper juga mempunyai elemen pencahayaan dan bayangan yang menjadi tanda aras kepada kariernya manakala beberapa lukisan minyak pada awal abad ke-20 telah dieksperimen dengan lakaran bukan warna," ujarnya.
Seorang Pengarah dari Festival Filem Locarno, Switzerland, Frederic Maire percaya bahawa kualiti visual telah mencipta ikatan di antara Hopper dan dunia perfileman.
"Dari sudut pandangan perfileman anda dapat lihat dengan jelas elemen pencahayaan dan suasana urban melalui filem Noir," jelasnya.
Sebelum ini, arkib perfileman Switzerland telah mengadakan tayangan 17 buah filem yang dipengaruhi seni Hopper termasuk Psycho, Stranger than Paradise, The Hustler, Postman Always Rings Twice dan The Straight Story.
Foster menegaskan bahawa kematangan seni Hopper lebih cepat berbanding filem-filem yang ditayang ketika itu.
"Adakan seni Hopper yang mempengaruhi filem ketika itu atau pengarah filem ketika itu yang mempengaruhinya? Saya fikir dia mempunyai pengaruh yang besar terhadap filem-filem yang diterbitkan sekitar tahun 50-an, 60-an dan 70-an. Sebabnya, ketika itu dia sudah pun popular sebagai artis dan segala hasil kerjayanya telah terkenal di kalangan masyarakat umum," katanya.
Kejelasan yang ditonjolkan melalui karya seninya memang berbaloi untuk dirakam dan keaslian yang jelas itu menjaga latar belakang seperti pokok ataupun dinding pelindung yang terdapat dalam lukisannya.
Pameran itu akan berlangsung di Hermitage sehingga 17 Oktober ini apabila kesemua lukisan tersebut dipulangkan ke Muzium Whitney. Muzium New York juga mewarisi hartanah Hopper setelah isterinya meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: