Angelina JolieKISAH hidup Marilyn Monroe bakal difilemkan dan khabarnya nama yang sudah disebut akan melakonkan watak penyanyi seksi era 60an ini ialah Angelina Jolie.
Dalam pada itu, Jolie memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk membintangi watak simbol seks tersebut. Namun begitu pihak produksi filem tersebut tetap mahukan Jolie kerana melihatnya sebagai calon yang paling sesuai untuk filem adaptasi dari buku Andrew O’Hagan itu.
Namun begitu produksi baru-baru ini memberitahu sudah mempunyai pengganti jika kekasih Brad Pitt ini tidak mahu memainkan watak tersebut.
“Angelina memang calon yang paling sesuai, namun jika dia enggan atau kurang berminat kami sudah memikirkan untuk mengambil Scarlett Johansson bagi membintangi watak Monroe," ujar seorang sumber dari Hollywood.
Scarlett Johansson Sumber tersebut juga memberitahu Scarlett lebih muda, memiliki rambut berwarna perang dan mempuanyai bakat yang bukan calang-calang.
Scarlet ang diminta mengulas tentang hal tersebut menyatakan minatnya melakonkan watak tersebut.
“Saya hanya seorang aktris yang menunggu tawaran melakonkan watak dalam filem. Jadi, saya memiliki waktu banyak untuk menunggu tawaran,"
Selain Jolie dan Scarlet, seorang lagi bintang iaitu George Clooney juga dikhabar akan membintangi filem tersebut sebagai teman rapat Monroe, Frank Sinatra.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: