
SETELAH beberapa kali gagal dalam perhubungan, Paris Hilton memutuskan untuk bercinta dengan jejaka yang bukan dari dunia hiburan. Ketika ini si jelita ini sedang asyik menjalinkan hubungan cintanya dengan seorang pemilik sebuah kelab malam di Las Vegas.
Menurut sumber Paris telah membawa jejaka yang bernama Cy Waits bertemu dalam acara makan malam bersama keluarganya baru-baru ini.
Cy dikatakan sangat bahagia dan benar-benar mencintai dan mengambil berat terhadap Hilton. Malah kedua-dua ibu bapa Hilton telah lama mengenali Cy sebelum ini. Pada Rabu lalu juga, jejaka bertuah ini juga kelihatan hadir meraikan ulang tahun ayah Hilton yang disambut di Las Vegas.
Hilton yang baru sahaja putus cinta dengan bintang The Hills, Doug Reinhardt, sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama artis artis terkenal Hollywood seperti Benji Madden, Rick Salomon, dan model Jason Shaw.
Bagaimanapun, setelah putus dengan Reinhardt, dia mengaku tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dari dunia hiburan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: