POS Malaysia Berhad melalui Unit Perniagaan Runcitnya melancarkan produk baru, Insurans Pos Raya yang terbuka untuk semua lapisan masyarakat di negara ini sempena menjelang Aidilfitri ini pada harga serendah RM6.
Datuk Syed Faisal Albar
Katanya, ia bagi memastikan orang ramai dilindungi sewaktu musim perayaan terutama anggota keluarga.
“Ini satu-satunya skim insurans individu dalam pasaran yang boleh dimiliki di kaunter dengan harga sangat berpatutan iaitu RM6 bagi individu dan RM20 untuk ahli keluarga.
“Orang ramai boleh mendapatkannya bermula 16 Ogos hingga 21 September ini di lebih 700 cawangan kami,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Dengan Insurans Pos Raya, pemilik insurans atau keluarganya dilindungi 24 jam daripada kemalangan yang berlaku sewaktu perjalanan balik kampung, mengunjungi rumah terbuka, melawat saudara, bercuti, dalam perjalanan ke tempat kerja, sedang bekerja atau melakukan aktiviti sukan.
Selain itu, rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pekerja asing (dengan permit yang sah) berusia dari 16 hingga 69 tahun layak memohon.
Banyak faedah Insurans Pos Raya antaranya pembeli polisi tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan dan boleh mendapat RM100 bagi menanggung kos sekiranya kehilangan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport akibat diragut dengan syarat kehilangan dilaporkan kepada polis.
Malah, ahli keluarga yang dilindungi tidak terhad bilangannya serta kadar insurans maksimum RM20,000 bagi setiap individu dan RM100,000 ahli keluarga.
Untuk keterangan lanjut, kunjungi pejabat pos berdekatan atau 03-22756560 (Pos Malaysia) atau 03-21468648 (MAA Assurance).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: