![]() |
| Dandanan rambut diibaratkan sebagai penyudah kepada sesuatu penampilan. |
Ungkapan rambut adalah mahkota bagi wanita memang ada kebenarannya. Rambut yang didandan membawa seribu maksud dan secara tidak langsung mampu menyampaikan mood serta ekspresi diri seseorang.
Selain melengkap penampilan, rambut adalah lambang peribadi dan imej seseorang. Dandanan rambut amat penting terutama ketika seseorang wanita itu memilih pakaian yang sedondon dengannya.
Malah setiap wanita di muka bumi ini pasti ingin nampak cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut yang menjadi mahkota setiap orang dan merupakan salah satu bahagian yang mendapat pandangan pertama orang lain sewajarnya diberikan lebih perhatian daripada segi penjagaan dan dandanan.
Pastinya tidak lengkap jika tata rias wanita tanpa diserikan dengan dandanan rambut yang memikat dan menawan.
Walaupun sekadar disisir ringkas tanpa dandanan, 'mahkota' wanita itu diibaratkan sebagai penyudah kepada sesuatu penampilan.
Seiring dengan perkembangan dunia fesyen rambut terkini, Redken 5th Avenue NYC yang mula bertapak sejak lima dekad lalu, terus gah sebagai antara jenama popular pilihan pengguna bagi produk penjagaan rambut.
Sejak 50 tahun, Redken terus menjadi inspirasi kepada pengguna dan pemilik salon profesional di seluruh dunia melalui produk keluarannya yang bermutu tinggi.
Lebih menarik Redken juga tetap diyakini apabila mengutamakan protein dan pelembap sebagai elemen penting kepada kesihatan serta kecantikan.
Meraikan ulang tahun yang ke 50, Redken menganjurkan satu pertunjukkan fesyen rambut .
Menampilkan teknik dandanan rambut yang berbeza mengikut era tertentu yang dipadankan dengan dengan lima tema menarik iaitu Revolution, Gravitate, High Definition, Ripped Ragged+tone dan Urban Romance nyata berjaya mengimbau nostalgia lalu terutamanya golongan muda mudi.
Lebih menarik, fesyen tersebut mampu mengimbau kembali nostalgia tersebut yang sememangnya mencuit hati para penonton dengan fesyen rambut menggerbang era 80-an.
Menariknya lagi, kesemua fesyen rambut berkenaan ditampilkan dengan penuh karakter yang bersesuaian yang sekali gus membuktikan jenama tersebut sebenarnya mampu menghasilkan pelbagai gaya rambut mengikut kesesuaian.
Lebih menarik pada majlis tersebut turut mengundang penata gaya rambut antarabangsa terkenal, Sean Goard menerusi sentuhan gaya Urban Romance yang melengkapkan lagi majlis berkenaan.
Pujian hebat seharusnya diberikan kepada barisan pereka dandanan rambut popular Sense Studio, Toyako Salon, Curles&Trimmers kerana berjaya bereksperimen dengan gaya artistik yang sememangnya membuatkan penonton teruja.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: