|  Sudah tiba masa deejay radio popular ini melangkah ke alam perkahwinan. Diakui sendiri empunya diri, Halim Othman merasakan dirinya kini benar-benar sudah bersedia untuk bergelar suami. Memberi tanda hari bahagianya bakal menjelang dalam masa terdekat, Halim ringkas bercerita akan beraya dengan status suami tahun depan. Bila agaknya ManggaOnline pun tak tahu. Halim hanya memberi gambaran ringkas.
"Saya benar-benar bersedia untuk komitmen. Saya sudah ada calon di dalam hati namun biarlah rahsia. Biarkan menjadi misteri. Dia berasal dari Terengganu. Namun saya hanya dapat katakan raya tahun depan, kami bakal beraya sebagai pasangan suami isteri. Dan saya bersedia tumpukan sepenuh perhatian terhadap ikatan kami.
"Pengumuman siapa kekasih saya tak membantu hubungan kami. Saya lebih sukakan kejutan bila harinya menjelang tiba, namun kami belum tentukan tarikh yang sesuai. Tak mahu terlampau excited dan tak mahu lama-lama, nanti tak jadi.
"Bila saya kahwin lambat, bukan bermakna saya gay. Cuma selama ini saya terlampau tumpukan bagaimana nak cipta nama sampai terlupa saya perlukan someone untuk ambil berat diri saya. Cuma sekarang bila saya bangun pagi dan kena buat semua bersendirian, saya sedar sudah sampai masanya saya terima komitmen. Cuma saya kena pastikan betul-betul ready sebab ramai yang kahwin awal dan berakhir dengan perceraian," ujarnya bakal beraya di Kerteh Terengganu.
Buat Album Raya
Menyumbangkan suara dengan kemeriahan Ramadhan dengan album raya berjudul Ceria Raya, Halim mengakui amat teruja dengan kelahiran album tersebut. Halim mendendangkan lagu Suria di Pagi Raya bersama Linda Onn dan Zizi.
"Kami sudah biasa dengan mic tapi bila rakam lagu, jadi nervous. Bayangkan hanya untuk empat baris lagu, terpaksa ambil masa sampai tiga jam. Saya hanya ikut apa yang komposer inginkan dan puas hati dengan album ini.
"Sangat teruja bila lihat nama terpampang dengan Hail Amir dalam album itu. Saya sendiri tak percaya apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang. Tak pernah termimpi akan dapat peluang sebegini," katanya.
Bagi yang berminat boleh dapatkan album Ceria Raya Suria FM secara percuma di Tesco Mall terpilih dengan setiap pembelian barangan bernilai RM50.00 ke atas. Tarikh penebusan ditetapkan pada 28 dan 29 Ogos dan 4 dan 5 September 2010. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: