Thursday, August 26, 2010

Guna urus niaga wang asing

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan institusi kewangan Islam boleh menggunakan urus niaga hadapan mata wang asing untuk tujuan lindung nilai berasaskan wa'd (janji) yang mengikat pihak yang memberikan janji itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang bentuk balasan (fi) dibenarkan untuk dikenakan ke atas pihak yang menerima janji, dengan mengambil pandangan bahawa pembiayaan tunai awal untuk urus niaga hadapan mata wang akan membawa kepada janji dua pihak yang tidak dibenarkan syarak, kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Bank pusat itu berkata, langkah tersebut adalah selari dengan pendapat majoriti ulama yang berpandangan bahawa wa'd satu pihak tanpa sebarang bentuk balasan dibenarkan dalam urus niaga hadapan mata wang.

Bank pusat itu berkata keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat majlis itu kali ke-102 yang berlangsung pada 22 Jun lalu.

Pada mesyuarat itu, MPS juga membuat keputusan bahawa bayaran manfaat takaful daripada dana risiko peserta (dana yang mengumpul tabarru iaitu sumbangan untuk membayar tuntutan peserta) boleh dilakukan.

BNM berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada peristiwa khusus, yang bukan sahaja terhasil daripada kerugian kewangan yang ditetapkan atau musibah, dibenarkan, dengan syarat ia dipersetujui oleh pihak yang berkontrak iaitu peserta takaful.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: