Thursday, August 26, 2010

Suzila maafkan suami


Nik Suzila bersama dua anaknya mencium baju raya arwah Mohd. Adam ketika ditemui di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Nik Suzila Nik Hashim, isteri kepada pesakit mental, Muhaimin Sautar yang kini direman selama lima hari kerana disyaki menyembelih anak lelaki tunggal mereka hingga mati di Kampung Sungai Budor, dekat sini, kelmarin memberitahu dia belum membuat keputusan untuk terus bersama lelaki itu tetapi tetap memaafkan perbuatan kejam suaminya.

Ibu kepada tiga anak tersebut tetap reda dengan apa yang berlaku dan menyifatkan Mohd. Adam Muszhaffar, 3, sebagai anak yang paling rapat dan disayangi oleh Muhaimin, 33, apatah lagi wajah mereka berdua seiras.

"Saya reda tetapi sedikit terkilan kerana arwah menemui ajalnya dalam keadaan begitu. Saya tahu bukan niat Muhaimin untuk melakukan perkara sedemikian tapi, dia sakit. Dia terlalu sayangkan arwah dan tidak mungkin dia sanggup melakukan sedemikian sekiranya dia normal.

"Saya maafkan perbuatan dia tetapi pada masa sama saya bimbang keselamatan dua lagi anak saya iaitu Shafiqah, 8, dan Siti Aishah, 2, jika saya masih bersamanya selepas ini," katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: