![]() |
| |
SELEPAS 10 bulan pengubahsuaian, Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing atau ‘Water Cube’ kini dibuka semula serentak dengan sambutan ulang tahun kedua Olimpik Beijing yang dikunjungi oleh ribuan pengunjung baru-baru ini.
Selepas majlis penutup Olimpik Beijing pada tahun 2008, 21 daripada 22 gelanggang yang digunakan dalam temasya gilang gemilang itu ditinggal terbiar selama bertahun-tahun.
Bagi pusat akuatik, kolam renang yang digunakan ketika Olimpik masih dikekalkan.
Manakala 80 peratus ruang lantai Water Cube telah ditukar menjadi satu taman air dan pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak 200 yuan untuk memasuki taman hiburan yang disediakan.
Antara komen pelawat yang telah mengunjungi taman tersebut rata-rata berkata ia merupakan taman hiburan yang amat menyeronokkan.
“Apabila saya berada di dalam taman tersebut saya rasakan yang juara-juara yang pernah mencipta nama ketika Olimpik Beijing memberikan inspirasi kepada saya.
“Struktur taman ini amat cantik lebih-lebih lagi setelah diperbaharui tetapi harga tiket untuk memasukinya amat tinggi dan saya berharap agar pihak berkuasa menurunkan sedikit harga tiket tersebut,” ujar seorang pengunjung.
Beberapa meter daripada taman tersebut, turut disediakan kolam renang yang dibuka kepada orang awam dengan harga 50 yuan sehari.
Kebanyakkan pengunjung lebih ghairah untuk berenang dalam kolam di dalam kompleks Water Cube berbanding di luar.
Mereka ingin berkongsi gelanggang yang pernah digunakan oleh para perenang Olimpik.
Lagi pula kehadiran pengunjung ke situ suga sebagai simbolik untuk merasai semangat Olimpik yang dikatakan yang terbaik pernah dianjurkan.
Menurut Komentator Hal Ehwal Semasa, Gregory Yingnien Tsang, kemudahan-kemudahan baru yang disediakan di Water Cube amat berkualiti dan menakjubkan.
“Bagaimanapun, jangan sekali-kali bergantung kepadanya untuk mengumpulkan wang dan membuat wang melalui taman tema itu.
“Kerajaan sepatutnya memberikan lebih tumpuan kepada faktor kesihatan masyarakat ataupun menggalakkan mereka untuk bersenam.
“Dengan adanya Water Cube ia merupakan permulaan yang baik,” katanya.
Gregory percaya bahawa pembaharuan kawasan Olimpik itu perlu digunakan untuk satu tujuan iaitu untuk menggalakkan lebih ramai orang Cina bekerja dan bersukan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: