Thursday, August 26, 2010

Feel Puasa Di KL Lain - Nashrin MyStar LG

"Selalunya saya akan berpuasa bersama keluarga di Seberang Jaya, Penang. Bila berseorangan di Kuala Lumpur, rasanya lain sangat. Di Penang ada bermacam juadah berbuka dan puas membeli tapi di KL tak banyak juadah yang menarik minat. Menu wajib waktu berbuka mesti ada kuih tepung pelita dan murtabak.


Kalau di rumah, mak akan masak gulai ketam tapi di sini saya hanya memenuhi jemputan berbuka dan tak sempat balik ke Penang untuk berbuka bersama keluarga. Cuma sempat bersahur.

"Tapi yang pastinya saya akan beraya di Penang bersama keluarga dan tahun ni pastinya meriah sebab ramai saudara mara akan berkumpul menyambut Aidilfitri bersama. Raya Puasa special sebab family saya akan masak rendang tok sebab dekat Penang susah nak cari. Ramai akan datang beraya di rumah sebab nak rasa rendang tok.

"Raya pertama nanti saya akan buat open house dan saya alu-alukan peminat yang mahu bertandang," ujarnya akan beraya dengan rona merah dan biru pada tahun ini.

Fobia Cinta Nashrin

Kehadirannya dipandang sepi gara-gara tiada album dan lagu yang boleh dipasarkan, namun artis naungan Warner Music ini bakal mengorak langkah lebih jauh dengan album pertama berjudul Nashrin. Single pertama Fobia Cinta kini hangat diputarkan di stesen Hot FM

"Fobia Cinta adalah lagu dari Audi Mok dan album ini terdapat lima buah lagu. Untuk single kedua, Tanpamu Tiadalah Aku ciptaan Rudy. Kalau boleh saya tak mahu terlalu bergantung dengan brand MyStar LG, semoga album ini dapat menyedarkan peminat akan kehadiran saya dalam industri.

"Album ini berkonsepkan pop dance. Dulu orang asyik tanya bila nak ada album, syukur Warner Music beri kepercayaan dengan menerbitkan album dan alhamdulillah Fobia Cinta mendapat reaksi positif pendengar." ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: