Thursday, August 26, 2010

Tak hormat Ramadan!

SEORANG lelaki Islam tidak malu memasuki kedai makan di Seksyen 7, Shah Alam untuk membungkus makanan.
SEORANG lelaki Islam tidak malu memasuki kedai makan di Seksyen 7, Shah Alam untuk membungkus makanan.
SHAH ALAM: Bungkus dan makan di lokasi tersorok atau memberanikan diri makan di kedai makan yang beroperasi pada waktu siang – itulah antara sikap segelintir umat Islam yang enggan berpuasa atau menghormati Ramadan.

Tinjauan Sentral di satu lokasi di Seksyen 7, mendapati ada individu membeli makanan untuk dibungkus seawal jam 1 tengah hari sedangkan waktu berbuka puasa sekitar jam 7.20 petang.Sentral yang menunggu satu jam di lokasi mendapati enam penunggang motosikal berhenti di hadapan kedai dan meninggalkan semula kedai itu dengan bungkusan makanan di tangan.Tidak ada perasaan takut mahupun segan apabila mereka dilihat memasuki kedai itu dengan selamba untuk membeli makanan.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Mira mendakwa beliau pernah terserempak remaja menunggang motosikal membeli makanan bungkus di kedai itu secara tergesa-gesa.

“Saya tidak tahu niat pemuda berkenaan sama ada mahu terus makan atau simpan makanan itu untuk hidangan berbuka puasa.

“Agak menghairankan kerana makanan itu dibeli pada waktu tengah hari dan ia agak awal untuk hidangan berbuka puasa,” katanya sambil berharap amalan tidak berpuasa itu tidak berleluasa dalam masyarakat Islam kerana ia berdosa dan memalukan.
Katanya, agak keterlaluan jika ada masyarakat Islam yang membungkus makanan dengan niat menjamahnya pada waktu siang walaupun bukan di khalayak ramai.

“Ramadan hanya datang sekali dan sepatutnya kita banyakkan amalan pada bulan mulia ini. Tunjukkanlah teladan kepada masyarakat apabila kita berpuasa,” katanya.

Pelajar, Mohd Hilmi Basal, 23, pula berpendapat tindakan pihak berkuasa agama sudah cukup tegas terhadap mereka yang tidak berpuasa tetapi masih ada umat Islam yang melanggar perintah Allah.

“Saya harap pihak berkuasa agama dapat mengenakan tindakan setimpal ke atas mereka yang membeli makanan bungkus dan benar-benar tidak berpuasa,” katanya.

Beliau berkata, peniaga yang beroperasi pada sebelah siang untuk menjual makanan kepada bukan Islam juga perlu peka kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk membeli makanan daripada mereka.

Katanya, walaupun pelbagai tindakan sudah diambil kepada mereka yang tidak berpuasa, kesedaran kepentingan berpuasa perlu hadir daripada diri sendiri.

“Denda atau tindakan tegas daripada majlis agama Islam antara tindakan yang baik tetapi ia tidak akan membawa sebarang makna jika mereka tidak insaf,” katanya.

Sementara itu, sehingga kelmarin, tiada tangkapan terbaru selain 17 orang yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak berpuasa dalam tempoh lapan hari puasa Ramadan.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata mereka ditahan kerana makan dan minum di tempat terbuka antaranya kopitiam, restoran India, restoran Cina dan premis kilang.

Katanya, mereka ditahan kerana melanggar Enakmen Jenayah Syariah 1995 Seksyen 19 iaitu makan, minum atau menghisap rokok di tempat terbuka atau tempat awam pada Ramadan.

“Selain 17 tangkapan ini, JAIS turut memberikan arahan untuk beredar kepada 41 individu yang berada di restoran selain diberikan nasihat berhubung kewajipan berpuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nurhamizah berkata, JAIS sehubungan itu memohon kerjasama masyarakat agar melaporkan sebarang kegiatan membabitkan orang Islam yang tidak berpuasa melalui hotline JAIS di 1800-88-2424.

Katanya, mereka yang mengetahui lokasi mana-mana premis yang sengaja menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa boleh membuat aduan terus kepada JAIS.

Beliau seterusnya meminta wanita yang uzur dan tidak boleh berpuasa agar menghormati Ramadan dengan tidak makan atau minum di khalayak ramai.

“Kita akan terus memantau kegiatan umat Islam yang tidak berpuasa setiap hari sepanjang Ramadan ini di beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti melalui sistem penggiliran rondaan JAIS.

“Antara kawasan terbabit adalah sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya.

9 comments:

  1. Kita tak boleh beranggapan buruk terhadap orang. Saya sendiri membeli makanan yang di bungkus pada waktu tengahari kerana waktu kerja saya ialah dari pukul 2pm sampai 10pm (kecuali jumaat)& lokasi pejabat jauh dari pasar ramadhan atau restoran terdekat.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa seseorang berpuasa hendaklah dari diri sendiri dan bukan dipaksa. Seseorang memerlukan tenaga yang banyak dalam pekerjaannya, adakah salah kalau dia tidak dapat berpuasa??? Dia perlu makan untuk memberinya tenaga. Melainlah seseorang itu duduk dalam pejabat yang disiap dengan hawa dingin dan tak perlu berkerja keras. Ya, saya paham bahawa, hanya dalam satu bulan, tak boleh tahan ke??... tapi bagi sesetengah orang, untuk mendapat sesuap nasi, dia perlu berkerja dibawah matahari terik, atau mengangkut barang2 yg berat. Kenapa perlu perpikiran, seseorang yang tak berpuasa itu sangat jahat dan berdosa besar???? Dia tak membunuh orang atau mencederakan sesiapa. Dia hanya tak tahan lapar. Jikalau sesiapa yang dipaksa berpuasa kerana kalau tak puasa akan ditangkap oleh JAIS, adakah puasa itu dikira??? Atau hanya memuaskan hati orang lain????

    ReplyDelete
  3. komen kat atas tersangatlah bodoh.....inilah sikap umat yg tak tau menghormati bulan mulia...dah termaktub dlm Al-Quran yg kita semua diwajibkan berpuasa...dan ada dibenarkan tidak berpuasa jika uzur atau kesihatan tidak mengizinkan...itulah sbbnya Allah SWT menyuruh kita bersahur agar tidak lapar ketika mengerjakan ibadah puasa...lain kali jika tak tahu pasal agama, diminta pihak tertentu agar jgn memperlekehkan tuntutan agama....silap komen boleh jadi murtad....

    ReplyDelete
  4. salah komen jadi murtad?kenapa pula?betul ka dalam Al-Quran ada bg tau salah komen dalam blog boleh jadi murtad?..

    ReplyDelete
  5. yang murtadnya kau...bukan org lain....apa yg kau komen adalah dari kata hati kau juga....maka apabila berkomen jgn hentam keromo sahaja kelak ianya akan murtad...jika ilmu cetek tak perlu persoalkan pasal agama.....

    ReplyDelete
  6. at least ada ilmu d belajar..cara kau cakap macam kau ni pandai betul la.orang je yg bodoh..kalau org tu tak tau macma mana?..bagus kau cari job street keja jadi part time malaikat duk tulis kesalahan org..ajar la org yang x tau,jangan la cakap orang tu bodoh,bodoh...riak,takbur..hehe.

    ReplyDelete
  7. ala...benda ni senang ja...nak dengan tak nak ja..kalo nak,seribu daya,tak nak seribu dalih...kalo nak posa kerana Allah Taa'la,keja truk mana pun,panas mana pun,mesti blei punya..
    kalo tak nak tu,dok umah tengok tv pun xlarat,letih ja..kalah tanam sawah...pendek kata,jgn la petikaikan soal agama,mesti ada sebab Allah suruh kita buat benda tu...anda buat anda dapat

    ReplyDelete
  8. "Anonymous said...

    komen kat atas tersangatlah bodoh.....inilah sikap umat yg tak tau menghormati bulan mulia...dah termaktub dlm Al-Quran yg kita semua diwajibkan berpuasa...dan ada dibenarkan tidak berpuasa jika uzur atau kesihatan tidak mengizinkan...itulah sbbnya Allah SWT menyuruh kita bersahur agar tidak lapar ketika mengerjakan ibadah puasa...lain kali jika tak tahu pasal agama, diminta pihak tertentu agar jgn memperlekehkan tuntutan agama....silap komen boleh jadi murtad....
    September 2, 2010 3:17 AM "


    ko tu yang bodoh.kata org.

    ReplyDelete
  9. hal2 murtad nie jgn wt memain BroO...tp npe tgkp n ambil tndakan pd org x puasa bln ramadan je? tgkp la jg org2 yg tgglkn solat tu....kn solat n puasa tu sama2 pekara wajib utk umat islam.xkn sbb ia dh jd pekara biasa wt pmimpin2 & menteri2 korg pn xbrani nk amik tndakan?? kalau stkt nk cri ksalahan,mmg byk isu la bleh d ketengahkn, tp sbb negara kita nie sjak merdeka lg duk bwh sistem plmbagaan yg d bentuk oleh org kapir, sbb tu la jd cmnie...xkn tggu bln ramadhan je kot bru cbuk nk buat kuatkuasa, igt la, mati x mngenal usia, kiamat pn x mngenal tarikh....semuanye bgntung atas khendak-Nya

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: