Thursday, August 26, 2010

Ayu OIAM Beraya Sebagai Isteri dan Ibu

"Bulan puasa selalunya Ayu akan bangun sahur dan sediakan hidangan untuk suami. Tak susah bila sudah berkahwin, Ayu akan jaga suami macam jaga adik sendiri. Sebab Ayu anak sulung, suami pula anak bongsu so manja dia lebih sikit.

Di sini kami tinggal berdua dan anak kami berikan kepada mak Ayu sebab kesibukan kerja, takut nanti tak ada orang jaga dia. Kadang kala terlampau sibuk sampaikan kami hanya sempat berbuka bersama sekali dan hari lainnya, Ayu terpaksa penuhi undangan majlis berbuka.


"Tahun ini Ayu beraya bersama suami dan anak-anak di Sabah. Setakat ini baju raya untuk mereka, Ayu dan suami sudah sediakan. Bagi Ayu tak banyak berbeza kehidupan selepas berkahwin, cuma sekarang kepentingan anak-anak harus diutamakan.

"Yang best beraya di Sabah, menu special mak Ayu adalah asam laksa Penang. Selalunya tak banyak yang Ayu boleh tolong sebab mak akan sediakan segalanya," ujarnya pertama kali akan beraya sebagai ibu kepada tiga orang anak dan dua daripadanya anak kepada suami daripada perkahwinan lepas.

Setahun menghilangkan diri dari persada seni, kini Ayu kembali dengan semangat baru. Mengakui perjalanan kerjayanya agak perlahan buat masa ini, namun ia bukanlah masalah besar bagi wanita berbakat besar ini. Muncul dengan lagu duet raya Hanya Kerana Cinta dan Salam Lebaran bersama artis Monkey Bone, Akademi Fantasia dan Hot FM.

"Setakat ini album Ayu masih dalam perancangan, namun kami sudah ada single cuma Ayu akan umumkan bila tiba waktunya. Tapi terpaksa tunggu giliran sebab Monkey Bone ada banyak artis yang harus diuruskan," ujarnya yang mempunyai kontrak tiga album bersama Monkey Bone.

Tidak merancang untuk terjun ke dalam bidang lakonan yang ternyata bukan minat wanita genit ini.

"Ayu tahu trend sekarang penyanyi akan menjadi pelakon dan pelakon juga bergelar penyanyi dalam masa yang sama. Namun Ayu tekad tidak akan mengambil tawaran tersebut. Sebab bila berlakon, banyak masa terpaksa dihabiskan di luar, Ayu pula suka berada di rumah dan luangkan masa bersama suami.

"Biarlah Ayu fokus kepada nyanyian sebab memang bidang ini yang menjadi minat. Takut juga lakonan tak sesuai dengan diri Ayu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: