|
Tahun lalu pelakon Emma Akma melalui detik paling sukar apabila berdepan masalah rumah tangga. Dia akhirnya disahkan bercerai talak tiga dengan bekas suami dan melalui detik sukar apatah lagi berhari raya tanpa suami di sisi. Emma akui dia pernah rasa rendah diri dan kemurungan selepas itu. Kerjaya lakonan juga terjejas. Tapi kini segalanya berubah dan Emma sudah boleh bangkit semula. Apa yang menjadi pendorongnya untuk bangkit? Kata Emma: "Tahun lalu memang saya down sangat. Saya sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada diri saya. Tawaran berlakon juga hampir tak ada pada masa itu sebab Emma banyak berkurung dan orang anggap saya tak mahu aktif. Tapi saya sedar yang saya perlu lakukan sesuatu untuk terus hidup. Saya perlu berjuang. "Sebab itulah saya bangkit semula dan boleh melupakan kepahitan yang saya lalui itu. Buat apa saya sedihkan diri sedangkan orang lain sedang bergembira. Saya semakin kuat apabila sekarang ada seseorang yang menyokong saya." ![]() Raffi bangkitkan semangat Emma. "Saya tak mahu berselindung, nanti kalau orang nampak kami bersama akan timbul cerita tidak elok pula. Sekarang kami memang sedang berkawan, bab jodoh itu kita tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh... adalah, kalau tak ada jodoh tu nak buat macam mana. Tapi hari ini dialah pilihan saya," kata Emma. Raffi kelihatan malu-malu apabila Emma membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi pelakon yang berasal darai Sabah itru jauh lebih muda daripada Emma. Raffi baru berusia 24 tahun sedangkan Emma sudah lewat 30-an. Emma akui semasa ada seseorang mahu memperkenalkannya dengan Raffi, dia macam rasa kurang secocok lebih-lebih lagi apabila mengetahui usia Raffi lebih muda. Tapi apabila lebih mengenali, dia mula tertarik dengan pelakon bertubuh sasa itu. "Pada saya, usia bukanlah halangan, yang penting keikhlasan hati dalam berkawan," kara Raffi semasa ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Emma buat hamper raya Emma sememangnya seorang yang ligat berniaga. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Dia menyediakan perkhidmatan tempahan membuat hamper kuih raya serta menerima tempahan kuih raya. "Kuih raya ini dibuat di rumah, bukannya diambil dari kilang. Bukan Emma yang buat sebaliknya hasil tangan saudara Emma. Emma yakin untuk menjualnya sebab rasanya sedap. Emma juga ambil tempahan membuat hamper raya. Alhamdulillah banyak juga tempahan setakat ini," katanya. |
Monday, August 23, 2010
Emma Akma bercinta lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: