Monday, August 23, 2010

CINTA Diadaptasi Teater


CINTA telah menyentuh kehidupan ramai dan filem yang meraikan lima keajaiban cinta ini diadaptasi kepada teater Terima Kasih CINTA. Teater terbitan The Creative Partnership Sdn Bhd dan Primeworks Studio Sdn Bhd ini bakal disuntik dengan tarian yang menyentuh perasaan diiringi lagu-lagu nostalgia yang disuntik daripada era awal 90-an.

"Dengan pendekatan kontemporari, Terima Kasih CINTA telah diolah dengan babak-babak dramatik dan dialog penuh emosi serta diselang-selikan dengan lagu-lagu retro. Uji bakat untuk pelakon utama, ensemble dan artis akan berlangsung pada bulan Oktober. Siri latihan pula akan bermula minggu pertama bulan November dan akan berlanjutan selama tiga bulan," kata penerbit produksi, Boudeng Edruce.

Sementara itu, Pengurus Besar Bisnes Studio & Hal Ehwal Korporat, Primeworks Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin menyatakan keterujaannya menanti CINTA yang akan diteaterkan ini.

"Filem ini telah menggondol beberapa anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-20 iaitu Anugerah Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan juga Suntingan Terbaik. Oleh itu, kami amat teruja menantikan muzikal yang hebat dan produksi yang berjaya nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: