Monday, August 23, 2010

Norman-Memey makan sepinggan

Semasa hadir ke sesi rakaman program Melodi Raya TV3 di Pusat dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini Che Li duduk semeja dengan pasangan hot Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Sejuk tengok keakraban pasangan yang sedang hangat dan menanti masa naik pelamin tu.

Rakaman tu dijalankan selepas berbuka puasa. Semasa berbuka puasa Che Li perhatikan juga mereka. Memang mata Che Li tengok mereka sangat mesra. Elok sangatlah kalau cepat-cepat naik pelamin sebelum kejadian tak diingini berlaku lagi.

Semakin hari semakin mesra...

Hari itu ramai sangat tetamu yang hadir sampai kena beratur panjang untuk ambil makanan. Norman tunjukkan sifat gentleman dengan mengambil aneka makanan untuk dijamah bersama-sama. Bukan sahaja untuk dikongsi dengan Memey, rakan semeja juga turut tumpang sekaki sebab malas nak beratur.

Che Li pun songlap juga tiga cucuk sate yang Norman ambilkan. Sambil tu Che Li perhatikan gelagat mereka. Bukan nak busy body tau. Mereka memang nampak sungguh mesra dan sanggup berkongsi makan sepinggan lagi. Bab makan sepinggan ni pasangan kekasih atau orang yang sangat akrab sahaja yang sering lakukan.

Baguslah. Lagipun mereka saling mengakui dan meluahkan rasa sayang. Apatah lagi hubungan mereka bukan lagi menjadi rahsia. Norman juga tiada hubungan dengan sesiapa, cuma perlu memikul tanggungjawab terhadap anak-anak hasil perkongsian hidup dengan Abby Abadi dulu.

Che Li: Norman makin slim sekarang. Yalah kenalah pasang badan mahu sesuaikan dengan buah hati yang muda belia itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: