Friday, August 27, 2010

Eminem tidak tahu bila bersara


EMINEM


BUKAN sekejap Eminem mendiami industri hiburan dunia. Menjadi ikon hip-hop penyanyi kulit putih, lelaki ini masih bertahan di sebalik banyak nama baru yang muncul.

Cukup popular dengan single terbarunya bersama Rihanna, Love The Way You Lie, Eminem baru-baru ini bercakap tentang usia penglibatannya dalam industri.

"Jujurnya, saya tak tahu berapa lama lagi akan berada dalam industri ini," kata penyanyi berusia 37 tahun itu kepada majalah Vibe.

Eminem menambah, cinta terhadap muzik hip-hop membuat dia sentiasa sayang untuk meninggalkan karier sebagai penyanyi. Katanya: "Saya tak ada jawapan berapa lama lagi saya akan berada dalam industri. Barangkali saya akan berhenti apabila kehidupan saya lebih buruk daripada sebelum menjadi artis nanti."

Walaupun tidak dapat membayangkan adakah dia masih menyanyi rap pada usia 50 tahun, namun kata lelaki warganegara Detroit ini, jika dia tidak mula menyanyi rap satu ketika dahulu, dia pasti tidak akan berada jauh dalam arena nyanyian.

"Saya tak tahu usia 50 tahun nanti apakah jenis muzik saya masih sama seperti sekarang. Tapi apa yang saya tahu kalau saya tidak mula menyanyi rap dahulu, saya tidak di sini," katanya yang kembali 'panas' selepas muncul dengan album terbarunya, Recovery yang mencecah jualan sebanyak 2.1 juta unit di seluruh dunia dalam masa hanya lapan minggu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: