| Kecut perut melihat adegan ganas dan seram The Descent Part 2 arahan Jon Harris ini. Tidak dinafikan cerita ini berjaya membuatkan saya ketakutan dan jijik dengan makhluk yang dipaparkan, namun kesudahan filem ini seperti mengelirukan. Semestinya kita mengharapkan pengakhiran yang melegakan minda, namun sebaliknya pula berlaku dalam The Decsent Part 2 ini. Walaupun tidak menampilkan barisan pelakon terkenal, namun filem ini menjanjikan penghayatan yang cukup untuk membuatkan anda terasa seperti sedang berada dalam situasi hitam yang dipaparkan.
Filem ini bermula ketika pertemuan tidak sengaja Ed Oswald (Micheal J. Reynolds) dengan Sarah Carter (Shauna Macdonald) yang berlumuran darah dan dalam keadaan trauma. Penemuan Sarah memberi harapan kepada pasukan penyelamat dalam usaha menjejak Sarah dan rakan-rakannya yang lain yang hilang ketika ekspidisi jelajah gua.
Dipaksa kembali semula ke gua Appalachian bersama pasukan penyelamat merupakan mimpi ngeri yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sarah teringat kembali peristiwa hitam yang melanda dan mula melarikan diri. Bermula dari sini, The Descent mula mencuit perasaan dengan adegan ngeri dan mendebarkan.
Saksikan The Descent Part 2 di pawagam berhampiran mulai 19 Ogos ini.   |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: