Tuesday, August 17, 2010

Danny sambung belajar

Dulu orang ramai sering memperlekehkan golongan artis yang sanggup berhenti belajar semata-mata mahu mengejar dunia glamor. Ada yang meninggalkan kampus sebab nak jadi penyanyi atau pelakon.

Namun hari ini golongan artis semakin sedar pentingnya pendidikan untuk menjamin masa depan selepas melalui zaman suram sebagai selebriti. Danny X-Factor salah seorang artis yang kini menyambung pengajian di instituit pengajian tinggi awam. Danny pilih Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mengapa Danny sambung belajar?

Putus cinta, tapi tak patah semangat.

Kata Danny: "Saya ikuti pengajian jarak jauh UiTM cawangan Kota Bharu, Kelantan dalam bidang pemasaran. Kos itu memerlukan saya ke kampus beberapa kali dalam sebulan. Kiranya setiap kali ada kelas, saya dapat masa bersama keluarga saya. Sebab itu saya pilh cawangan Kelantan.

"Saya sebenarnya ada kerja yang berkaitan pemasaran. Saya dilantik oleh Naraya International Sdn. Bhd., iaitu pengeluar produk tuala wanita She untuk menjadi ejen pemasarannya. Kiranya kerja ini juga macam tugasan sayalah. Saya juga sudah ada syarikat penerbitan, jadi bidang yang saya pelajari ini akan membantu saya menjalankan perniagaan.

"Sebagai ejen pemasaran, saya ditugaskan merangka plan pemasaran She. Kami mengadakan road show di pelusuk kampung untuk memperkenalkan produk ini. Insya-Allah kami akan mengadakan kempen besar-besaran selepas ini."

Dulu kekasih, kini kawan

Bagaimana dengan cinta? Danny pernah mengakui bercinta dengan pelakon dan pengacara cantik Alisha. Apa kesudahan cinta mereka? Danny mengakui kini dirinya solo selepas putus cinta April lalu. Dia belum bersedia mencari calon baru sebaliknya fokus kepada kerja.

"Kami dah putus, tapi kami tak adalah gaduh-gaduh. Kami masih bertanya khabar sebagai sahabat. Buat apa nak gaduh-gaduh. Mungkin pada masa ini kami lebih sesuai berhubung sebagai kawan sahaja.

Kesibukan boleh lenyapkan kekecewaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: