Tuesday, August 17, 2010

Mejar Faiz jadi host TV pulak

Belum sempat naik ke angkasa lepas, Mejar Dr. Faiz Khaleed ke udara dulu di TV3. Dia menjadi pengacara sebuah program yang berteraskan sains dan teknologi diberi nama IDEA: Malaysian Inventors' Challenge.

Ia sebuah program yang berusaha mencari pereka cipta inovasi terbaik di kalangan rakyat Malaysia. Sesuailah dengan status Dr. Faiz yang bergelar angkasawan walaupun belum lagi naik ke atas. Nampaknya ada lebih masalah bagi Dr. Faiz bersemuka dengan wanita yang dicintai, Nurul Shuhada semasa bertugas.

Dunia glamor dah lama dilalui Dr. Faiz.

Program realiti itu dibawakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Sirim Berhad (Sirim) dan Proton Holdings Berhad (Proton). Dr. Faiz akan bergandingan bersama Daphne Iking.

Kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof: "Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara individu atau berkumplan yang bukan profesional namun mempunyai inovasi yang mampu dikomersilkan di peringkat tempatan mahupun pasaran antarabangsa.

“Kesemua mereka yang ingin menyertai program ini perlu melalui proses saringan dan sesiapa yang tersenarai dalam 24 peserta terakhir akan diberikan dana sebanyak RM2,000 supaya idea mereka dapat dipersembahkan sebagai satu prototaip kepada panel."

Pemenang utama daripada empat peserta akhir akan membawa pulang hadiah RM30,000. Kesemua 24 orang yang berjaya memasuki program ini juga akan dibantu untuk mengembangkan idea supaya hasil cipta mereka didaftarkan sebagai harta intelek.

Bersama pasangan pengacara Daphne Iking.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: