BESAR sangatkah apabila menjadi artis? Soalan itu memang sering berlegar-legar dalam kotak fikiran Cik Normah. Iyalah, bukan apa sebab Cik Normah tengok ada sesetengahnya yang seolah-olah berasakan diri mereka ‘orang besar’ apabila jadi artis. Kalau artis penuh ilmu tak apalah, tapi kalau setakat artis yang otaknya ‘kosong’ tak usahlah nak berlagak.
Kisah ini sebenarnya mengenai tunang kepada seorang artis yang mula nak menunjukkan lagak walaupun masih belum berkahwin. Mengikut cerita si Sakura Sepi, tunang seorang artis yang tidaklah sehebat mana itu datang ke sebuah program. Bagaimanapun, dia tiba lewat, iaitu lima minit sebelum program berlangsung.Apabila membabitkan sebuah program yang bersiaran secara langsung, produksi akan meminta penonton di studio memenuhkan tempat yang kosong supaya tak kelihatan buruk di dalam kaca televisyen. Tempat duduk tunang si artis ini diletakkan di bahagian depan. Disebabkan tiba lewat, kru produksi menyuruh orang lain duduk di tempat tunang artis yang dilihat kosong. Sebaik tiba, dia pun terpinga-pinga melihat tempatnya sudah diduduki.Dia mengadu kepada pihak penganjur, tetapi penganjur tak boleh nak buat apa-apa. Siapa suruh sampai lewat. Tapi waktu berkomunikasi bersama penganjur, tunang si artis ini seolah-olah ingin penganjur tahu yang dia adalah tunang kepada si artis ini. Dua lagi saudara maranya pun begitu juga, kononnya kalau dia sebut nama tunangnya, orang nak hairan? Penganjur itu saja buat-buat tak faham sebab tak kuasa nak melayan.
Akhirnya, penganjur pun mencarikan juga tempat duduk untuknya. Tetapi terpaksa duduk berasingan kerana dewan sudah dipenuhi orang. Walaupun tunang si artis nampak macam muka tak kuasa, dia akhirnya terpaksa akur kerana kononnya dia hadir untuk memberikan sokongan kepada tunang tersayang! Eleh! setakat tunang artis saja nak besar kepala.. Sudahlah, memang muka tak reti malu!
sape agaknya ea?sape artis2 yg bertunang 2010..habaq la kat cheq.hehe.
ReplyDeletehmmm...jimy shanley...hmm..lan meet uncle hussin..hmm..sape aaa?
ReplyDeletepalin2 pun 2 3 tahun je bertahan perkahwinan dorg...artis zaman skang mn tahan lm...
ReplyDelete