Tuesday, August 17, 2010

Jarum Patah Jahit Baju Melayu JO

Jaafar Onn atau JO sangat sinonim dengan fesyen baju melayu yang lain daripada orang lain. Dia pernah menggayakan baju melayu bercorak bunga matahari dan macam-macam gaya lagi.

Kali ini JO tampil dengan baju melayu yang kain sampingnya menggunakan lace bergemerlapan. Dia sanggup meredah kedai kain untuk mencari lace mengerlip untuk memadankannya dengan kain polos baju melayu.

Sampai patah jarum nak jahit baj ni. Jangan marah

"Papa tak tahu nak reka fesyen macam mana lagi. Samping kain songket dah banyak dah kat rumah, sebab itu saya dapat idea pilih kain lace untuk fesyen raya kali ini. Saya ada tempah banyak pasang untuk dipakai semasa mengadakan persembahan sempena majlis berbuka puasa di The Chekers Cafe, Hotel Dorsett Regency, Kuala Lumpur.

"Nak tahu... sampai enam batang jarum tukang jahit papa patah untuk menjahit baju ini," kata Jaafar sambil ketawa.

Agaknya tukang jahit itu pun pening kepala sebab perlu menampal dan menjahit lace yang sama dengan samping pada bahagian leher baju melayu JO.

"Sebenarnya baju melayu kat rumah papa banyak sangat. Bila bukak almari tak sangka dah terlalu banyak macam itu. Papa nak mintak sesiapa yang memiliki saiz badan macam papa yang muat memakai baju-baju itu, datanglah ambik. Papa mahu sedekahkan," katanya lagi.

Che Li sempat juga sempat juga singgah di The Chekers Cafe. Memang meriah juadahnya. Selain masakan Chef dari Dorsett, JO juga turut memasak satu juadah istimewa setiap hari.

Siap diberkan resipi lagi bagi yang mahu mencuba resipinya. Cubalah ke sana untuk berbuka puasa. Anda juga akan dihiburkan oleh Haiza sebagai pasangan JO.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: