![]() |
| |
NAMPAKNYA awal tahun 2011 nanti akan ada ada artis popular bakal naik pelamin. Ketika ini, bunyi kompang serta bau nasi minyak mula singgah sampai ke pejabat Papa di Jalan Chan Sow Lin.
Tentunya ramai yang bertanya apa benar berita yang disampaikan kepada Papa? Harap-harap sumber Papa yang berkongsi cerita ini bercakap benarlah ya. Tak baik tau cakap bohong di bulan puasa, itu yang Papa nasihatkan pada sumber itu sebelum dia menyambung cerita.
Sumber itu yang bersungguh-sungguh meyakinkan Papa memberitahu, aktres terkenal Ayu Raudah bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang juga pemain bola sepak tampan, Zaquan Adha pada bulan Januari depan.
Tanpa memaklumkan tarikh sebenar, Papa menjangkakan pasangan romantis itu merancang untuk bernikah pada 1 Januari 2011 (010111). Cantik bukan tarikh itu?
Kalau benar, tentunya ramai yang bersyukur dan gembira kerana pasangan itu memang sama cantik, sama padan.
Tentunya debaran Zaquan sendiri berbeza kerana selama ini dia lebih berdebar untuk menyumbat gol ketika beraksi di padang bola.
Tetapi, kali ini debaran yang akan dilaluinya lagi hebat kerana dia bakal menjadi suami kepada artis wanita yang digilai ramai.
Andai benar apa yang sampai ke telinga Papa, izinkan Papa mahu menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah buat Ayu dan Zaquan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: