
Namun kerinduan anda pasti dapat diubati dengan juadah ‘air tangan ibu’ yang disediakan oleh Chef Ismail di Restoran Rebung.
Menurut Chef Ismail, bagi individu yang pastinya sukar untuk pulang ke kampung pada bulan Ramadan ini, Restoran Rebung patut menjadi pilihan utama kerana akan mengubat rindu pelanggannya terhadap masakan ibu.
“Saya memilih konsep masakan air tangan ibu kerana seperti yang kita tahu, kita memang dibesarkan dengan masakan dari air tangan ibu. Bagi yang tidak lagi mempunyai ibu, saya sudi menjadi ‘ibu’ anda dengan memasak hidangan istimewa yang sama seperti masakan ibu anda,” katanya yang ditemui di restorannya.
Menurut Chef Ismail, restorannya menawarkan lebih 50 jenis hidangan berbuka puasa. Antaranya bubur lambuk, nasi dagang, masak lemak cili padi, ikan bakar cicah air asam, rendang daging, cucur, nasi ulam, sambal udang dan banyak lagi.
Bukan setakat menikmati juadah tanpa had, pengunjung yang hadir boleh menunaikan solat di surau yang telah disediakan. Malah, selepas puas menjamu selera, sebuah pentas kecil disediakan khas untuk pengunjung untuk berhibur.
Harga bufet untuk seorang dewasa RM55 dan kanak-kanak RM35.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: