Tuesday, August 17, 2010

Berbuka di Kawan Kopitiam




DALAM diam sudah tiga tahun Kawan Kopitiam empat sahabat, Ahmad Rezal Mohd. Esa, Ezzah Aziz Fawzy Johar Johari dan Hasbullah Abdullah yang terletak di nombor 21A, Jalan 3/69, Fasa 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi beroperasi.

Seperti tahun-tahun lalu, kali ini Kawan Kopitiam sekali lagi mempromosikan bufet berbuka puasa dengan harga RM20++ untuk dewasa dan RM10++ untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Memilih konsep Terkenang Semasa Dulu, kopitiam ini menyajikan masakan tradisional yang kian dilupakan seperti ikan taucu bertimun, keli masak tempoyak dengan belimbing buluh, terung bakar, rebung jeruk, sambal kelapa kalio ayam, sambal tempoyak dan pelbagai lagi.

Selain itu beberapa manisan dan kuih-muih seperti kuih talam, puding, pengat, bubur dan karipap juga turut dihidangkan. Sewaktu berkunjung ke Kawan kopitiam tempoh hari, Ezzah Aziz Fawzy sempat mempromosi bingka jagung bakar yang dimasaknya sendiri.

‘‘Boleh dikatakan ini resipi percubaan saya. Biasanya puding jagung kita guna tepung kastard yang dikacau dengan jagung biji, tapi kali ini saya guna tepung gandum, telur, jagung krim dalam tin, gula dan santan. Macam bingka lain juga ia dibakar selama 45 minit. Kalau nak cuba jemputlah berbuka puasa di sini,’’kata Ezzah selaku jurucakap untuk Kawan Kopitiam.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi 019-2190971. Bagi pelanggan yang datang berbuka di situ, kemudahan surau disediakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: