Friday, August 20, 2010

Artis Berpakaian Sumo Dalam "Ewah Ewah Raya"

Danny ketika bermain permainan 'Bola Sumo' dalam Ewah Ewah Raya.

DALAM banyak-banyak aktiviti, permainan "Bola Sumo" yang menyaksikan rakan artis rempuh-merempuh di antara satu sama lain adalah satu rancangan yang agak melucukan.

Program khas Aidilfitri iaitu Ewah-Ewah Raya dijangka mampu menghangatkan suasana Hari Raya keempat yang akan menampilkan artis-artis ternama seperti Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Erry Putra, Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor bersama hos Raja Azura dan Nabil.

Artis jemputan itu telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana Fouziah Gous, Iqram Dinzly dan Erry Putra mewakili Rumah Merah manakala Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor pula mewakili Rumah Biru.

Dalam permainan "Bola Sumo" itu kedua-dua kumpulan dikehendaki merebut bola dan memasukkan bola tersebut ke dalam jaring, sama seperti sukan bola jaring dengan memakai kostum sumo.

Permainan 'Tiup Bola'.

Sesi rakamannya telah berlangsung di Studio 2, Glenmarie, Shah Alam pada 5 Julai lalu.

Seramai 100 orang penonton yang terdiri daripada orang awam telah hadir memeriahkan program berkenaan.

Program ini dihoskan oleh Raja Azura dan Nabil.

Selain itu, mereka harus menempuhi dua cabaran lain iaitu seperti "Tiup Bola" dan "Titi Ketupat"

Dalam cabaran "Titi Ketupat", Rumah Merah dan Rumah Biru perlu mengambil sebanyak mungkin ketupat yang digantung ketika meniti jambatan.

Nampak seperti mudah tetapi untuk meniti jambatan dan terpaksa menghadapi halangan dibaling bola oleh pihak lawan adalah tugas yang sukar. Cabaran ketiga dan terakhir ialah "Tiup Bola" yang merupakan cabaran paling sukar kerana peserta hanya boleh menggunakan mulut untuk meniup bola.

Menariknya penonton turut dijemput untuk membantu peserta yang mengambil bahagian rumah.

Menurut Penerbit Eksekutifnya Khalijah Mohamed, di samping tradisi kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai, program yang akan keudara pada pukul 11 pagi itu dijangka mampu menghidupkan suasana Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: