![]() |
| |
APA sebenarnya yang terjadi pada Amylea? Tak pernah habis dengan kontroversi?
Kalau orang lain nak cakap saya mencari kontroversi, itu tak benar sama sekali. Saya tidak mencari kontroversi tetapi hanya mencari keadilan kepada diri saya sendiri. Selama ini orang banyak bercakap tentang diri saya. Saya tahu orang ramai terus mengutuk dan menghukum saya tanpa keadilan. Saya reda dan senyap dengan harapan semuanya akan selesai. Nampaknya ia tak jadi kenyataan. Saya kena mempertahankan diri.
Ada peminat beritahu kami, Amylea memang artis yang bermasalah, apa komen?
Kenapa perlu nak ungkit cerita lama sedangkan ia dah berlalu terlalu lama. Kalau ada hal yang baru terjadi orang tetap akan ungkit cerita lama. Saya masih lagi tak faham walaupun dah cukup masak menghadapi semuanya. Macam kes saya dengan Andi, semua orang patut lihat siapa betul siap salah. Seharusnya orang melihat saya sebagai pencipta lagu Solo itu. Bila ia diciplak, ia seolah-olah merampas hak intelektual saya. Kalau mana-mana pencipta pun akan marah juga.
Kes Amylea dengan Aziz Desa bagaimana, nampak macam tak selesai juga?
Ia dah berlalu hampir lima tahun, tetapi diungkit kembali oleh pihak lain. Bila orang tanya sudah pasti saya kena jawab balik biarpun berat hati saya nak panaskan semula isu yang dah lama tu. Dulu mungkin dia pernah cakap perkara itu kepada saya,tapi kenapa sampai sekarang orang masih lagi nak cakap hal itu? Orang masih lagi gunakan ayat yang pernah Aziz gunakan walaupun sudah lima tahun ia berlalu. Peliklah.
Minggu lalu Andi ada mengeluarkan kenyataan tentang anda. Apa reaksi Amylea tentang perkara itu?
Jujur saya katakan saya ketawa mendengar kenyataan dia. Kadangkala saya terfikir apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya? Karya saya yang diciplak tetapi macam-macam yang dia cakap tentang saya. Saya tahu dia sedang memburuk-burukkan saya dan buat laporan polis. Untuk apa semuanya? Sesiapa yang jadi pencipta mahupun komposer pun tak mahu karya mereka diciplak. Betul tak? Ini soal kreativiti. Sesiapa juga tak boleh lakukan pada saya mahupun orang lain.
Kalau rasa awak betul, tak buat apa-apa tindakan ke?
Kalau boleh saya tak mahu memanjangkan cerita itu lagi. Tapi tak bermakna saya mengalah dan mendiamkan diri dengan desakan dia. Memang saya tak buat apa-apa laporan polis ataupun menghantar surat peguam kepadanya. Saya dah bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau dia nak heret saya ke mahkamah, saya takda masalah. Rasanya sepanjang bergelar anak seni saya dah cukup baik. Tapi orang tak henti-henti nak pijak kepala saya. Mana boleh saya terus berdiam diri.
Pernah tak Amylea terfikir kedatangan anda dalam industri seni seperti tak diterima sepenuhnya?
Saya tak kisah dengan apa juga yang orang nak katakan pada saya. Ingat, kalau awak buka balik keratan akhbar sejak kali pertama saya muncul dalam industri seni ini, tak pernah sekalipun saya cakap saya nak jadi penyanyi. Saya hanya cakap saya nak jadi komposer dan karyawan muzik. Memang itu cita-cita saya sejak dahulu lagi. Sepanjang bergelar anak seni saya tak pernah lagi buat benda yang tak elok. Saya tak merokok, minum arak ataupun perkara-perkara yang membinasakan diri. Kalau setakat pakai baju seksi tu memang ada. Tapi bila ditegur oleh wartawan saya baru sedar dan tak buat lagi. Kalau orang terus nak mencari salah saya, apa yang boleh saya katakan?
Bagaimana reaksi ibu bapa?
Sudah pasti semuanya memberikan galakan kepada saya. Tapi saya nak tanya, mak bapa mana yang suka apabila melihat anak mereka mengharungi kontroversi? Saya tahu mereka cukup sedih dengan apa yang dah berlaku. Cukup panjang perjalanan saya tapi penuh dengan liku dan ranjau. Untuk itu saya cukup berhati-hati dalam setiap langkah. Kalau nak pergi mana-mana show sekalipun pasti ada adik-beradik saya yang akan ikut serta. Saya tak mahu lagi terus terheret ke dalam kontroversi. Yang rasa sakit saya juga!
Apa perancangan Amylea sekarang? Mahu membiarkan cerita negatif ini terus berlalu atau bagaimana?
Kenapa orang nak ambil berat pasal saya? Selama ini saya selalu tak dipedulikan dalam industri sejak keluar AF lagi. Mahu tak mahu saya kena jalan juga untuk terus mencapai impian saya.
Ada azam nak kurangkan kontroversi?
Saya malas nak cakap apa-apa. Nak ucap janji manis cukup mudah tapi nak laksanakan belum tentu kita mampu. Ini merupakan Ramadan yang paling mencabar bagi saya. Banyak sangat masalah yang melanda saya sehinggakan saya tak mampu buat apa lagi. Kalau setakat masalah dengan Andi tu tak jadi hal. Masalah lain macam masalah keluarga dan hal peribadi cukup mencabar saya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: