Sunday, August 22, 2010

Mizz Nina buat show di Melbourne


Mizz Nina


KALAU dulu orang hanya peminat-peminat di bandar sahaja kenal siapa Mizz Nina, sekarang Syed pasti ramai yang dah tahu siapakah gerangan penyanyi lagu What You Waiting For itu berbanding zaman dia dengan Teh Tarik Crew dulu. Sekarang ni kalau sebut sahaja nama Mizz Nina semua orang dah kenal. Dia merupakan anak orang kenamaan yang cukup popular dan juga kekasih kepada Noh Hujan. Opss.. Terlebih sudah.

Dalam keseronokan kita menyambut bulan Ramadan ini, Nina sebenarnya tak pernah berhenti melakukan aktiviti seninya. Macam-macam yang dilakukan termasuklah terlibat dalam pembikinan video klip terbarunya yang berjudul Kurnia itu.

Syed tahu ramai yang cukup teruja nak menyambut lebaran yang bakal tiba tak lama lagi, tapi jangan pula lupa yang Hari Kemerdekaan Malaysia, pun dah tak lama lagi.

Sama juga halnya dengan Nina. Dalam kesibukan dirinya membina karier, dia akan membuat persembahan di Melbourne, Australia bersama dengan DJ Fuzz sempena hari kemerdekaan ini.

Kiranya mereka membuat persembahan untuk orang Malaysia yang menetap Australia dan pelajar-pelajar kita di sanalah.

Syed rasa ini peluang Nina untuk menunjukkan semangat patriotik sambil memperkenalkan diri kepada orang kita yang berada di luar negara. Cuma satu pesan Syed, berhati-hatilah. Hormati juga bulan Ramadan yang mulia ini, jangan tak berpuasa tau walaupun di negara orang. Sekadar ingatan!

Syed: Merdeka diri daripada hawa nafsu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: