BESUT – Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) berjaya mendaftarkan kira-kira 5,000 ahli dalam tempoh empat hari sejak program Jom Masuk Rela dilancarkan minggu lalu.
Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni berkata, program itu diadakan sempena siri Jelajah Merdeka 1Malaysia oleh Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Rela (RBC) yang telah dilancarkan di Putrajaya.
Katanya, usaha kini ditumpukan kepada penyertaan pelbagai kaum bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melihat Rela mencapai sasaran seramai 2.5 juta ahli menjelang tahun 2012.
“Pada masa ini, keanggotaan Rela termasuk Relawati telah mencapai 1.3 juta orang. Kita juga berharap lebih ramai golongan profesional akan menyertai pasukan ini,” katanya semasa konvoi jelajah itu singgah di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri dekat sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: