
DI SEBALIK kemegahan versi baru SAV, BMW X5, model ini mampu menjimatkan bahan api.
KUALA LUMPUR - BMW Group Malaysia Sdn. Bhd. (BMW Malaysia) memperkenal versi baru kenderaan aktiviti sukan (SAV), BMW X5, sempena pelancaran Hari Inovasi BMW 2010.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Geoffrey Briscoe berkata, model yang tersedia dalam varian petrol dan diesel, enjin baru sukan BMW X5 itu dengan output itu telah ditingkatkan serta menjimatkan bahan api dilengkapi transmisi automatik lapan kelajuan standard dan ciri-ciri perkakasan baru.
"BMW X5 sudah melakar kejayaan permotoran sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2007 dan dalam tempoh itu kami sudah menjual 427 BMW X5 di Malaysia, menjadikannya SAV premium yang paling berjaya dalam pasaran," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: