
BEBERAPA pekerja sedang memasang khemah tapak perniagaan sempena Kempen 1Malaysia 1Halal di Teluk Danga, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Suasana meriah Kempen 1Malaysia 1Halal selama tiga hari sudah terasa menjelang pelancarannya di Teluk Danga di sini esok.
Setelah mendapat sambutan memberangsangkan di Kuala Lumpur dan Kangar, Perlis, warga Johor Bahru dan Singapura sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan program tersebut.
Tinjauan di tapak kempen itu semalam mendapati, persiapan untuk program tersebut berjalan mengikut jadual.
Kerja-kerja memasang khemah bagi tapak perniagaan rancak disiapkan oleh kontraktor yang dilantik penganjur.
Orang ramai yang ditemui turut menyifatkan Kempen 1Malaysia 1Halal sesuatu yang ditunggu-tunggu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang konsep halal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: