Tuesday, September 15, 2009

West ganggu majlis MTV


WEST (kiri) memprotes kemenangan Swift (kanan) yang memenangi anugerah kategori video wanita terbaik di Radio City Music Hall, New York kelmarin.


NEW YORK - Penyanyi berumur 19 tahun, Taylor Swift memenangi anugerah video artis wanita terbaik pada majlis Muzik Video MTV menerusi klip You Belong With Me, kelmarin.

Swift berasa terkejut kerana pada kebiasaannya MTV tidak memberikan anugerah kepada penyanyi muzik yang menyanyikan lagu berentak country.

"Saya berdiri di atas pentas dan saya teruja kerana saya sudah memenangi award," kata Swift selepas majlis itu berlangsung di Radio City Music Hall.

Namun, penyanyi rap, Kanye West mengejutkan tetamu apabila dia merampas mikrofon daripada Swift.

West menyatakan Beyonce perlu menang kerana video muziknya, Single Ladies dianggap sebagai karya terbaik yang pernah diterbitkan.

Tindakan West itu mengganggu Switf yang ketika itu sedang memberi ucapan kemenangan.

Tetamu-tetamu MTV Video kemudian mengejek West sebelum dia diminta meninggalkan majlis.

Beyonce kemudian diumumkan sebagai pemenang video muzik terbaik sepanjang tahun menerusi klip Single Ladies dan dia menaiki pentas untuk megambil anugerah.

Namun, Beyonce menjemput Swift untuk naik ke pentas bagi menyampaikan ucapan kemenangan yang diganggu oleh West.

West kemudian meminta maaf kepada Swift dan peminatnya berhubung kelakuannya mengganggu majlis itu menerusi blognya.

Dalam anugerah itu, penyanyi Lady Gaga memenangi kategori artis baru terbaik menerusi klip Poker Face manakala Eminem menang kategori video hip hop terbaik berdasarkan klip We Made You.

Penyanyi Britney Spears memenangi kategori video pop terbaik menerusi lagu klip video Womanizer dan klip Live Your Life nyanyian T.I menang katgori video lelaki terbaik.

Kategori video rock terbaik dimenangi oleh kumpulan Green Day menerusi klip 21 Guns.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: