Tuesday, September 8, 2009

Wanita didenda kerana pakai seluar panjang




KHARTOUM - Sebuah mahkamah syariah di Sudan semalam mengenakan denda sebanyak 500 pound Sudan (RM715) terhadap seorang wanita Sudan, Lubna Hussein (gambar) kerana memakai seluar panjang.

Namun Lubna, 34, enggan membayar denda itu tetapi sanggup dipenjarakan.

"Saya tidak akan bayar malah saya lebih rela masuk penjara," katanya.

Beberapa peguamnya menyatakan mereka akan memujuk Lubna supaya membayar denda itu.

Berdasarkan undang-undang Sudan, Lubna boleh dikenakan 40 kali sebatan.

Lubna ditahan bersama 12 wanita lain oleh polis di kafe Kawkab Elsharq di sini pada 3 Julai lalu.

Sepuluh daripada mereka telah mengaku bersalah dan dikenakan 10 kali sebatan.

Lubna yang merupakan wartawan dengan sebuah akhbar Sudan, Al-Sahafa, meminta dibicarakan di mahkamah syariah atas dakwaan berpakaian tidak senonoh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: