Tuesday, September 8, 2009

Pelakon Harry Potter mulakan pengajian


WATSON (dua dari kiri) bergaul dengan pelajar-pelajar Universiti Brown, Pulau Rhodes pada minggu lalu.


PROVIDENCE - Heroin filem Harry Potter, Emma Watson cuba mengelak daripada menjadi tumpuan pelajar lain apabila dia tampil dengan gaya bersahaja pada hari pertama pengajiannya di Universiti Brown, Pulau Rhodes, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres berusia 19 tahun itu dilihat mundar mandir dengan hanya memakai baju-T dan berseluar pendek iaitu pakaian yang biasa dipakai pelajar di pusat pengajian tinggi.

Namun, dia tiba di pusat pengajian tinggi itu dengan menaiki sebuah helikopter pada minggu lalu.

Watson, yang dikenali sebagai Hermione Granger dalam filem Harry Potter, akan mengambil jurusan sastera di kolej Liga Ivy, sebuah kolej berprestij di universiti berkenaan.

Sebelum menghadiri kuliah, pelajar-pelajar baru termasuk dirinya digalakkan menyertai beberapa aktiviti dan permainan pada minggu sual kenal selain mengambil bahagian dalam perbincangan berhubung pelbagai isu.

"Saya berharap akan dikenali sebagai Watson iaitu pelajar dari Britain dan bukannya Waston yang merupakan bintang filem Harry Potter," katanya baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: