Wednesday, September 2, 2009

SPNB buka pejabat satelit untuk tingkatkan promosi




KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB), bercadang untuk membina pejabat satelit di setiap projek yang dilaksanakannya dalam usaha mempergiatkan promosi projek perumahan yang dibangunkannya kepada masyarakat.

Pengarah Urusannya, Dr. Kamarul Rashdan Salleh (gambar) berkata, pada ketika ini promosi projek perumahan yang dibangunkan SPNB masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

"Dengan pembinaan pejabat satelit ini, penduduk setempat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek perumahan yang dilaksanakan," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di sini baru-baru ini.

Kamarul Rashdan berkata, pihaknya juga kini dalam proses menubuhkan pusat panggilan untuk menjawab segala permohonan, rungutan dan aduan daripada pelanggannya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya banyak menerima pertanyaan terutama untuk projek rumah mesra rakyat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: