Tuesday, September 8, 2009

Sarkozy arah pekerja pendek berdiri bersamanya?


GAMBAR menunjukkan Sarkozy (tengah) berdiri bersama beberapa pekerja yang mempunyai ketinggian rendah di kilang Faurecia, Perancis Khamis lalu.



SARKOZY


PARIS - Seramai 20 orang yang mempunyai ketinggian rendah ditugaskan berdiri di belakang Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semasa dia menyampaikan satu ucapan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarkozy yang mempunyai ketinggian rendah akan kelihatan tinggi ketika dikelilingi oleh sejumlah orang yang lebih rendah daripadanya.

Kesemua mereka ditapis khas oleh beberapa pembantu pemimpin Perancis itu bagi memastikan tidak ada individu yang melepasi ketinggian 1.68 meter.

'Pelakon-pelakon' itu memakai baju putih mempunyai ketinggaian sama atau lebih rendah berbanding Sarkozy berdiri semasa dia menyampaikan ucapan di kilang motor Faurecia di Normandy pada Khamis lalu.

Dalam satu siaran televisyen yang disiarkan di Perancis, seorang wanita mengaku dia dipilih untuk berdiri di belakang Sarkozy kerana memiliki ketinggian yang rendah.

Semua yang berdiri di belakang Presiden Perancis itu mengaku mereka merupakan antara kalangan pekerja yang memiliki ketinggian rendah di kilang tersebut.

Sarkozy yang amat sensitif dengan ketinggiannya yang rendah mungkin tidak mahu mengalami kejadian sama pada Jun lalu apabila dia menggunakan pelapik kayu semasa memberikan ucapan bagi membolehkannya kelihatan tinggi dalam satu majlis di Perancis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: