Sunday, September 27, 2009

Rozita makan kurma macam nasi

SERONOK dengar cerita pengalaman pelakon jelita Rozita Che Wan yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan lalu. Rozita berangkat pada 29 Ogos lalu dan pulang seminggu sebelum kita menyambut Syawal.

Niezam tanya Rozita seronok tak buat ibadat pada bulan Ramadan? Kata Rozita, suasananya banyak beza berbanding bulan-bulan lain. Memang seronok.

Selain tu kata Ita, pak-pak Arab pun berebut-rebut memberi makan kepada orang yang berpuasa. Sebelum ini Rozita pernah pergi mengerjakan umrah tetapi bukan pada bulan puasa. Ketika berada di sana, semasa berbuka puasa dia makan kurma macam orang makan nasi.

“Kalau ditempat kita, makan kurma pun sebiji je tapi masa di Mekah, Ita makan sampai 15 biji. Yalah... kurma sana lain sikit rasanya. Sedap,” katanya.

Selain kisah kurma tu dia juga banyak makan nasi dan ayam. Yang penting sepanjang beribadat, Ita dapat melakukannya dengan baik tanpa sebarang masalah.

Cuma menurut Ita, apa doa yang dia pohon di Tanah Suci tu terpaksalah dirahsiakan. Hmmm... Entah-entah soal jodoh tak?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: