Satu lagi artis band dari seberang, Project Pop muncul buat pertama kalinya ke Malaysia melalui album terbaru mereka berjudul ’Top of the Pop’. Project Pop memenuhi konsep kreatif yang sarat dengan humor melalui lagu serta penulisan lirik mereka. Tidak hanya mempamerkan kematangan dalam susunan muzik dan lagu; band ini turut terlibat dalam pembikinan sendiri kemasan album, klip video dan fotografi.Project Pop boleh dianggap sebagai sebuah kumpulan kreatif yang berusaha menyampaikan nasihat moral kepada pendengar menerusi lagu-lagu humor mereka; bukan hiburan semata-mata. ’Top of the Pop’ dipilih sebagai tajuk album berdasarkan isi kandungan dan material terbaik yang pernah dihasilkan oleh kumpulan vokal yang berasal dari Bandung ini. Disulam dengan susunan muzik berentak humor, lagu-lagu yang disampaikan oleh kumpulan ini nyata cerdas dan segar. Tajuk lagu ’Bukan Superstar’ menjadi taruhan single oleh kumpulan ini di Indonesia serta Malaysia. Malah, klip video lagu ini turut dirakamkan sempena pelancaran album ’Top of the Pop’ yang penuh dengan kejutan dan elemen humor. Udjo yang mewakili ahli-ahli Project Pop seperti Tika, Yosie, Odie, Gugum dan Oon berkata, ”Album ini menjadi penyambung keberadaan kami ini. Ya, tiap tahun setidaknya kami merilis satu album. Kami tidak bisa serius ya makanya bikin single seperti ini.” Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar lagu ini, sudah pasti gelak tawa meluncur dari hati pendengar. ’Bukan Superstar’ adalah sebuah lagu segar yang penuh dengan humor menghibur. Komposisi lagu ini memuatkan peniruan gaya nyanyian nama-nama besar seperti Ungu, Peterpan, Nidji, Letto, Glenn Fredly dan Mulan Jameela. Gaya nyanyian yang berpindah dari gaya Ariel Peterpan, Giring Nidji, Pasha Ungu, Noey Letto yang kemudiannya diikuti dengan alunan nada Mulan serta Glenn Fredly memberikan penataan muzik segar yang kedengaran cerdas. Dan inilah gaya hiburan lagu yang ingin disampaikan oleh Project Pop. ![]() Antara lagu lain yang turut termuat dalam album penuh ini adalah seperti ’Maramaramara.’ Lagu yang memberikan sindiran sinis ini menyingkap keadaan masyarakat yang seringkali menjadikan emosi sebagai sandaran hidup. Susunan muzik yang berentak hip-hop dan R&B diselitkan sedikit elemen funk di bahagian bridge lagu membentuk suatu kolaborasi lagu yang lucu dan tidak membosankan. Lagu yang dipenuhi berbalas cercaan humor antara Udjo, Yosie, Odie, Gugum dan Oon ini kedengaran seperti dalam keadaan amarah yang meluap tetapi disusun dalam babak drama kecil yang menyenangkan. Lain pula dengan lagu yang diberi judul ’Goyang Duyu’ ini. Memakai pendekatan muzik alunan Melayu Jawa sebagai tema, lagu ini menyimpan ciri atau konsep biasa yang disampaikan oleh Project Pop bercerita tentang tarian atau lebih tepatnya goyangan yang menjadi solusi saat berkumpul bersama teman untuk bergembira. Irama yang santai dan ringan diharap dapat menjadi penerus kesinambungan tradisi humor cerdas yang dimiliki oleh Project Pop. Sebuah lagu yang boleh dijadikan sing a long song dipenuhi emosi gembira untuk semua golongan dan kelas sosial. PT Musica Studio dan Universal Music Malaysia menampilkan album terkini Project Pop – Top of the Pop yang telah berada di pasaran mulai Julai 2009. Turut ditampilkan dalam album ini adalah lagu-lagu terbaik Project Pop semenjak album terdahulu menggambarkan retrospektif perjalanan salah satu kumpulan vokal paling cerdas di peta muzik Indonesia. Trek-trek lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti berikut:- 1. Bukan Superstar 2. Goyang Duyu 3. Maramaramara 4. Metal VS Dugem 5. Jatuh Cinta 6. Jangan Ganggu 7. Pacarku Superstar 8. Tu Wa Ga Pat 9. Burkat (feat Chrisye) 10. Jangan Piki-Piki 11. Pacaran Atau Nggak (TTN) 12. Ade 13. Cintaku Berat Di Ongkos 14. Angkat Dong 15. Dangdut Is The Music Of My Country |
Tuesday, September 15, 2009
Project Pop - Top of The Pop
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi artis band dari seberang, Project Pop muncul buat pertama kalinya ke Malaysia melalui album terbaru mereka berjudul ’Top of the Pop’. Project Pop memenuhi konsep kreatif yang sarat dengan humor melalui lagu serta penulisan lirik mereka. Tidak hanya mempamerkan kematangan dalam susunan muzik dan lagu; band ini turut terlibat dalam pembikinan sendiri kemasan album, klip video dan fotografi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: