
PETALING JAYA - Debaran seorang cicit merasakan sesuatu yang buruk menimpa moyangnya selepas tidak menyahut panggilan supaya membuka pintu ternyata benar apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh di Blok 7, Desa Mentari di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 12.15 malam, M. Vikneswaran, 21, yang baru pulang dari kerja di restoran makanan segera hairan apabila moyangnya, A. Kuppu, 73, dan adiknya M. Suvetha, 6, tidak menyahut panggilannya.
Selepas 20 minit mengetuk dan memanggil nama nenek dan adiknya, Vikneswaran kemudian mengambil keputusan mengumpil tingkap di ruang tamu sebelum mencapai kunci yang diletakkan di tepi televisyen.
"Sebaik masuk, saya hairan melihat keadaan rumah gelap manakala Suvetha masih tidur di atas sofa di ruang tamu dan tidak mengendahkan saya apabila saya masuk," ceritanya.
![]() |
| Kuppu |
Menurutnya, dia kemudian masuk ke bilik moyangnya yang terbuka tetapi tidak dipasang lampu.
"Sebaik suis dipetik, saya terkejut melihat moyang saya terbaring kaku di lantai sebelum menjerit meminta tolong jiran," kata beliau.
Daripada cerita Suvetha, Vikneswaran memberitahu, rumahnya telah dimasuki seorang lelaki dan lelaki itu dipercayai telah melarikan barang kemas RM100,000 yang dibungkus dengan kain tuala selepas membunuh moyangnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: