
GEORGE TOWN - Penduduk Kampung Buah Pala, di sini yang sepatutnya mengosongkan kediaman mereka semalam bagi membolehkan tanah yang mereka duduki itu dibangunkan oleh pemaju menyerahkan memorandum kepada polis bagi meminta jaminan mengenai keselamatan 23 keluarga di situ.
Memorandum dua muka surat itu diserahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran kepada Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, ACP Zakeri Kamaruddin, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri di sini.
Sugumaran yang ditemui selepas menyerahkan memorandum itu berkata, mereka berbuat demikian kerana mahu jaminan mengenai keselamatan penduduk yang enggan berpindah.
"Kami mahu pindah tetapi disebabkan tawaran yang tidak kukuh dan janji kosong, kami enggan berpindah sehingga kata putus antara pemaju dan penduduk kampung ditetapkan," katanya.
Seramai 20 penduduk kampung berkenaan turut mengiringi Sugumaran untuk menyerahkan memorundum itu sebelum mereka semua berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini untuk mengadakan mogok lapar.
Bagaimanapun usaha kumpulan itu untuk mogok lapar gagal selepas polis menghalang mereka berhimpun di pekarangan Komtar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: