Wednesday, September 2, 2009

1Malaysia satu gagasan Islam - Najib




KUANG - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, 1Malaysia merupakan satu gagasan yang bersifat keislaman terutamanya daripada segi pengisian dan matlamatnya yang bercirikan Perlembagaan Madinah.

Perdana Menteri berkata, apabila 1Malaysia diamalkan ia mampu menjadikan negara lebih aman dan kehidupan rakyat lebih harmoni.

Menurut beliau, Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan Islam pertama yang mengutamakan dan mempertahankan Islam, memberi keadilan kepada semua kaum dan melindungi kaum minoriti serta kebebasan mengamalkan agama dengan prinsip-prinsip ini terangkum dalam 1Malaysia.

"Oleh itu, kita sama-sama melakukan yang terbaik kepada umat Islam dan berlaku adil kepada bukan Islam. Mudah-mudahan dengan cara ini kita akan lebih bertakwa kepada Allah dan inilah sebenarnya terangkum dalam gagasan 1Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Selangor di Kampung Setia di sini semalam.

Perlembagaan Madinah ialah perjanjian politik yang dibuat Nabi Muhammad dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah kaum Muhajirin, Ansar dan Yahudi bagi memupuk persefahaman, saling hormat menghormati dan bersatu padu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: